i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, 29 December 2011

kesudahan nya...


Berakhir sudah cte tentang dhia ni..awal2 cte, mcam2 aku dgr komen tentang penonton (i.e. rakan sekeliling). ramai yg ckp x best ah, cte ni mcm nak tiru citer nur kasih.. apa kes, dhia tu bajet gadis kampung, tp make-up,mak aih, tebal 2 inchi, cte dhia ni patutnya ditukar jadi cte tentang melly la...itula antaranye..hehe. untuk informasi, melly tu salah satu watak yang ending sangat baik untuk dia walaupun dy dulu jahatnya mengalahkan anak setan.(ops,sorry harsh word)..segalanya dy penah buat, anak derhaka, berzina, rampas tunang n kekasih org(dhia), mengedar dadah, menipu, mempermainkan agama, termasuklah jgk derhaka pd mak angkatnya.

dhia pulak seorang watak yg teraniaya..ramai peminat lelaki yang cintakannya (standard la kan bg heroin sesebuah cte?), x disukai oleh keluarga mentua sehingga satu keluarganya disantau (haha,ini lawak)..tp yg sedih, bila ayahnya meninggal sbb disantau dgn teruk, her mum meninggal sewaktu tidur ditemaninya..and ending, dhia meninggal akibat kanser pangkal rahim...and her husband zikir (adi putra) lak meninggal due to stroke sewaktu tdo peluk mayat dhia.. :'(

aku ni sebagi peminat setia cte tentang dhia ni haruslah minat watak ku salmi iaitu mak zikir (i.e. ibu mertua dhia) jahat dalam iman la mak cik ni kiranya..haha..tp yg x best bile x tau ending pd watak ni.ramai yg tertanya-tanya apa yg jadi pd watak ini.adoii...pk sndri la gamaknya..




tapi, kat sini aku x nk la cte panjang lebar sgt tentang cte tentang dhia ni..nk tahu lanjut tgk sini----> tentang dhia

yg aku nk cte, disebabkan excited giler nk tgk ending cter nih, aku dh terlewat untuk mandi ptg..pastu dah la tgh maghrib, aku tergelincir n jatuh plak dalam toilet kat umah.lantai yg licin,or selipar yg licin, or ditolak jin, mana satu pun aku x sure.nk dijadikan cter, masa jatuh tu kaki aku 'tersentuh' la salur paip yg ade bawah sinki tu plak pecah.abes tersembur air then basah abes baju ku,dh la dalam kalut2 tu, my engagement ring plak nyaris jatuh melorot dr jari nk nk tergolek2 jatuh ke lubang tandas (separuh nafsku nk ilang rasanya) xleh imagine kalo betul jadi.. dah la sakit plus terkejut, kena marah plak dgn my mum, God knows how i feel at that time.umm..ending cter ku mlm tu, aku tdo berendam air mata sedih ngn cte dhia and sedih jgk dgn cter aku sendiri..sakit kat situ, kat belakang..kaki n tapak tgn..my fiance call tanya nape nk tdo awal, dalam malu-malu ckp la jgk tdo awal sbb sakit..awal oo tdo,kul 9.30 mlm lg dh tdo tu.(x penah2 sebelum ni selagi jam x tunjuk kul 1 pg)..huhuhuhu...

Saturday, 17 December 2011

rahsiakan pertunangan....

ini just terasa nak tulis balik apa yang dikongsi oleh si dia kepada saya pada hari ini..

RAHSIA PERTUNANGAN

Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.

Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

petikan ini diambil dari sini ---> http://saifulislam.com/?p=1269&fb_source=message


terasa diri ini memang banyak kekurangan.namun teringin sekali untuk berubah ke arah yang lebih baik,sedang mencuba..=)

memang benar, alam pertunangan lebih banyak dugaan berbanding dengan alam percintaan biasa. di sini, walaupun mungkin ramai yang dah agak2 sudah maklum tentang sesuatu hubungan itu, namun jika tiada sebarang pengakuan atau perbuatan yang mengiyakannya, diharap segalanya masih tersimpan..diharap dengan dirahsiakn, perhubungan sesuatu pertungan itu akan lebih terjaga.

Yang selalu ingat pesanan si dia,
"diharap hubungan ini tidak sama dengan pasangan lain yang masih tidak halal hubungannya."

=)

Ya Allah,jagalah hatiku..dan juga jagalah hatinya..Aminn..

Saturday, 10 December 2011

persediaan sebelum hari 'itu'


ohh...post ini sepatutnya dibuat sebelum majlis..tetapi disebabkan ketidak sempatan dan kesibukan yang melampau (hey..ayat macam ada kurang betul je?hehhe...), maka post ini tertangguh. ada gak yang cakap, berani lak nak post gambar2 and bercerita tentang ni kat blog, sedangkan bajet nak berahsia je??ohh..ini lebih kurang memandangkan permintaan sahabat dan famili terdekat yang berhajat nak tengok gambar (konon x puas tengok gambar sekeping yang terpost oleh my dearie sister kat facebook!)..haha..x pasal dah bocor..saje je kan kak??!! ><
lagipun,x ramai yang tahu kewujudan blog ni, so kira 'selamat' la kan??hihihi...(gelak seram)

ni persiapan hantaran yang dibuat..hehe..almost 90percent hantaran ni dibuat sendiri tau!x caye??haha...percayalah.....!!

mula membalut polisterin untuk lapik hantaran(ceh,tangan sibuk nak masuk gambar jgk!) wink!


ini pulak bakul2 yg dibeli untuk memudahkan kerja buat hantaran..



hehhe...struggle tu nak siapkan sekeping..make sure buat dengan tegang tu tau..pheww...


jeng..jeng jeng....heh..siap 4 lagi!


haa....itula bunganye..kalo leh nampak,tema kaler pink and purple lembut


bunga-bungaan yang diguna..bajet nak buat english style.haha.padahal x reti nak design..blergh.


ehe..testing letak atas par..uisyh..cam lawa kan? (mode perasan terlebey!) =p


heheh...dua dah siap..cuma tunggu nak letak barang je..

orait..setakat tu dulu..fully barang-barang hantaran yang sudah siap di design, akan di tunjukkan dalam next post..adios!!

~~~~spread the loves to the world~~~~

Monday, 5 December 2011

hari bahagia =)




saat cincin disarung ke jari manis

3 Disember 2011...

yup..itulah tarikh istimewa buat kami...terima kasih buat semua yg terlibat. terutama sekali, ma abah yang banyak menyumbang kewangan,tenaga dan masa...kak ani n abg helmi yang banyak tolong sebab adik xdop transport nak pegi beli brg2 sume..kak ziey n abg agus yang banyak tolong dari segi decoration, flowers...kak long n family, bab masak2 di dapur dengan mak2 sedara yang lain...and x lupa jgk buat abg din n kak ana, kalo xdop dyorng,xdela gambar2 yg di'snap' pd hari tu... =)..buat tetamu-tetamu yang datang..thanx tikah,qilot, haney and quyah yang datang awal n tolong siapkan decoration hantaran kek,,hehe..time kacih banyak2..=) paling penting, thanx pada keluarga dan rombongan dari si dia yang sanggup datang dari jauh untuk majlis kali ini..thanx pada si dia yang sudi terima diri yang banyak kekurangan ni.. semoga pertunangan ini mendapat keberkatan dan dijaga perhubungan ini sehingga ke tahap seterusnya.. Aminn..


bersamanya~~~ =)



keluarga dua belah pihak~~



hantaran dr pihak perempuan

hantaran dari pihak lelaki


dengan abang~~~tq!!

hehe...hanya tu je gambar yang mampu dikongsi kali ni..thanx pada semua ahli keluarga dan saudara-mara yang datang memeriahkan majlis ni. walaupun hanyalah sebuah majlis ringkas sederhana, diharap agar semua yang hadir berpuas hati..maaf atas segala kekurangan dr pihak kami..

thanks to all~~~~ <3

Thursday, 1 December 2011

debaran...

yup.debaran menantikan hari esok...

kenapa?iye..seperti bunga yang mekar berkembang!

esok..bermula sesuatu yg baru..happy+excited+nervous!!

semoga Allah permudahkan segalanya... :)

persiapan dah 85percent siap...:)

ape lagi x siap?heehee....ade la lg sket2..

hey hey hey...apa yg bakal jadi esok ni farhanah?

RAHSIA!!! heheehh...(gelak tahap malu2 kucing)..daa!

Monday, 4 July 2011

bukan ini yang kucari..

exam dah hampir sebulan tamat..

results final exam juga sudah diketahui.. Alhamdulillah.. x sbar menanti hari grad ku nanti..

waktu menginjak semakin hampir..hampir untuk aku pulang semula berbakti pada tanah air..

kala ini hatiku sayu...banyak yg bakal aku tinggalkan di tanah ratu ini. segala-galanya di sini..

namun bukan ini yang ingin aku kongsikan.. sudah lama perkara ini membelengungi hati dan minda.. pernah tak terfikir, patutkah seorang wanita muda yg belum berkahwin berasa bangga dan gembira jika dirinya disayangi, diambil berat, di intai, di usik,atau di perhatikan oleh banyak lelaki yang bukan muhrim nya?

perkara ini harus difikirkan semula..bukan kebanggaan ini yang di cari.. bukan niatnya untuk melukakan banyak hati. bukan juga untuk mencari populariti. apa yang menyebabkan dirinya mudah menarik? perangai?atau rupa paraskah? atau sifat manja wanita itu? apa yang dicari oleh seorang lelaki apabila dengan mudah meluahkan perasaan sedangkan baru mengenali wanita itu kurang dari sebulan? adakah segala tindak tanduk, liuk lentuk percakapan yang menjadi faktor? jika itu..berubah lah.. bukan itu kebahagiaan yang dicari jika setiap perkara dalam wanita muda itu hanya mampu untuk menarik kumbang-kumbang untuk 'test power'.. tentu sekali kebahagiaaan hakiki yang dicari.. bukan kebahagiaan dan kebanggaan sementara yang meraih dosa. hidup ini cukup singkat dan ianya tidak perlu untuk kita lambakkan lagi dengan dosa yang menimbun..

bagi lelaki pula..hati-hati dalam memilih.. tidak semua yang dilihat itu sama dengan hakikat yang sebenar. kenali hati budi wanita itu dahulu sebelum mengorak langkah..betulkan niat..jika hanya untuk 'test power', lupakan.. anda tentu tidak mahu bakal isteri anda cuma dijadikan mangsa untuk lelaki lain mencuba segala teknik memikat dan kemudiannya ditinggalkan.

muliakan lah wanita di tempat yang sepatutnya.. wanita mana pun akan bersedih jika dirinya hanya lah dianggap mangsa eksperimen untuk sang lelaki mencari yang lebih baik untuk dijadikan suri dalam hidup... walau apa pun ingtlah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.. jika mahukan yang terbaik.. ubahlah diri untuk menjadi yang terbaik buat si dia..

maafkan aku..jika aku tidak mampu menjadi yg terbaik utk dirimu..buat teman dan sahabat,
" andai duriku mengguris luka,hadapilah aku selayaknya manusia"..(quote dr seorang sahabat)..

Monday, 6 June 2011

done 4 papers...1 left..go!! go!! go!!

alhamdulillah selesai satu lg paper special functions tgahari td..agak susah berbanding exercises given before..mmg dh aware pun that the question might be tricky...but i didnt expect it will be THAT SUPER tricky...ergh.. really hope for the best..uhuks..harap2 at least, dpatla lulus..ya Allah..tolong hambamu ini yg dh berusaha.. :( Allah knows the best..insyaAllah..

and regarding the previous paper i sit 3 days ago which is Formal Languages and Automata, alhamdulillah sgt2..i think i managed to answer almost all da questions very well.. but still i really hope dat it worths BANYAK marks so that it will help to cover my previous not so cantik grades..*malu-malu*..

cant wait to finish my exam on this coming Thursday which is Mathematical Finance I. ehehe...sabau ye..masa merdeka, 3pm thursday 9th june 2011..masa merdeka sudah ditetapkan.

oh yerk..before i forgot..still need to present my final project poster..on 16june 2011..yg ni pun satu hal...harap2 things will go smoothly without so many SONGEH..uhuu...please do pray for me ya whoever has come and visit my blog in here...less than 2 months, akan berpeluang la nk pakai jubah convo tu..hee.. but the sad thing is, i will celebrate my big day without my parents, not even with any other family members..faham..jauh..ma abah will not be 'cekat' to come here..jauh tu adik oi..nnti grad dekat maktab nnti ma janji ma pegi..uhuks..ma always know how to pujuk me in any situations..same goes with my abah..abah always be there when i need strength and motivation in stdies..love u ma..love u abah..doakan adik kat sini..i will be back home less than 2 months from now to see you my lovelies..muuuaahhh...~~


Tuesday, 31 May 2011

detik genting...

tengahari tadi bermula la final exam yang menentukan hala tuju aku di masa depan..
12.45tghari-mulakan langkah keluar dr rumah dgn bismillah..for the first time, exam in Roger Kirk cafe..
1.30-3.00ptg-exam. first paper, Number Theory.. Alhamdulillah..soalan exam mcm biase la..mana ade nk bg senang mcm tu jek.. :p hopefully exam marker tu tgh mood baik la time marking paper aku nnti..hehe

kul 5-6 ptg-2nd paper NASC II..2 soalan je..no optional question.wajib jawab..erk..tp aku agak x puas hati la sebab tertinggal part kecik dlm equation Rayleigh Ritz yg aku lupa nk hafal..huhu~~Alhamdulillah part difference equation for Rungga Kutta method tu aku berjaya hentam dgn betul susunan nya..oyeah..

ok,da malam2 ni..and i know i supposed to be with the FLA notes at this time, but rase kemalasan tu melampau sangat.. hehe..sempat lg layan drama bersiri Nora Elena..best woo..dah tersangkut dengan sifat very gentleman and how romantic he is towards his wife yg x pnah mencintai diri dia.. you can see the efforts he takes to win his wife's heart.sweet~~~

watak seth Tan yg dilakonkan oleh Aaron Aziz tu mmang sangat berkesan la..tabik spring bro!!hehe..see..mcm org dh gatal merenyam dh dok senyum tgh2 mlm mcm ni..huhu..ok..dh subuh..nk kena solat then tido..

Tuesday, 17 May 2011

syndrome penyakit serius..!!

abaikan bilik yg bersepah bila exam makin dekat..hhoho~~


bila dah memasuki alam tahun akhir pengajian, setiap pelajar memang x boleh nak elak dari tanggungjawab FINAL EXAM. hehe..and bila dah makin dekat nak exam ni macam2 perkara boleh jadi alasan untuk rasa kononnya dah penat belajar dan berehat..c=

contoh alasan femes yang digunakan pelajar:-

1) penat lah belajar, tengok facebook jap
2)eh, dah setengah jam focus, kena rehat jap nih..online~~
3)lapar la tengok soalan ni,mkn dulu la..
4)bosan la sambil mkan ni diam je..tgk movie jap (at least,sejam hilang mcm tu je..ngeh3..)
5) eh2, housemates tengah ''discussion'' something la..join mereka ''jap''..hee :P
6)rasa nk muntah la focus lama2 ni..(pdahal baru 15 minit tenung buku)..ditto no (2) punya alasan..hehe
7)um..bosan la diam je sambil study ni,gayut sat..(yo la tu sat)..
8) er,rase nk amik sunat tido sebelum zohor la(leh rehatkan otak jap)..sedar2 je dh dekat asar..adeih..
9) umm..nk makan apa ye ari ni???(lain katanya, berangan sambil tenung equations math) blergh.... :P
10) lepas exam nih aku nk enjoy puas2..(pdahal xde beza enjoy before and after exam)hohoho~~
11) tetibe skype kengkawan ckap,"eh,korang kedai online nih ade sale la.."(haha..ops,x mean sesapa ok.hehe...)
12) and..tetiba rasa nk update blog bercerita pdahal dh dekat setahun blog tu berkulat masa x exam..masa dekat nk exam ni jgk la baru tetiba gedik jari nk menaip..hehe..

Okeh,dah penat merapu..segala di atas hanyalah pengalaman sndiri and ditokok tambah untuk menyedapkan cerita..hehe..



ni sape cikgu sape anak murid nih..??@.@ confuse~~




SELAMAT BERUSAHA PADA DIRI SENDIRI YANG DAH DEKAT SANGAT2 NK EXAM NIH..COUNTDOWN..LAGI 14 HARI BEFORE MY FINAL EXAM BERMULA..

p(^o^)q

Tuesday, 3 May 2011

ter..shopping!!

haha..inilah barang yang 'ter'shopping sewaktu diri dan teman2 masih kalut persiapkan diri untuk final exams and final presentation..nak tengok?hehe

ini bag dr boohoo? kot..hehe.lupa dah..




ni pulak kasut yg tersalah beli dr ebay..haha..x bleh pakai sebab kulit 'babs' so i returned them.. =p




ni baju yg bajet je beli..sebab tbe2 tgk page new look ade sale..weeee!!



ini pula wedges dari H&M..terbeli jgk.. lol @.@




jam tangan fossil.one for me,another one for my lovely mama <3

casseroles just for my collection =)


perfume tangkapan masa boxing day sbnrnye...one for me and one for him... :)

my red baby!!

my red baby dh been delivered!! hehe..yeay! big surprised when i woke up my baby dh sampai..yeay..

nk tgk??hehe...

suka2..hehe..got new bf..abesla..hahaha(gelak jahat)


cantik x??hehe..red product, ipod nano 5th generation..beli dr apple store..yeah,akhirnya impian ku tercapai nk angkut satu baby music before going back for good to Malaysia..

baby ni actually ade twin tau...beli yg ni sebijik sebijon same ngn Pura awal pagi tuh..after penat stdy prepare nk exam,then usya2 jap la website apple nih, pastu nmpak je baby ni,,kami terus rembat sorang satu.kul 3 pg tau(waktu UK) kami beli menda alah ni...so,my baby ade twin la..haha..itu je..nih terus update dlm blog after a few minutes she starts functioning..

*senyum*

Monday, 25 April 2011

draft projek

semangat!!! i need to finish up my draft project by today..due date for submission will be ESOK!!..

my supervisor has roughly checked (i think!) my work n asked me to make some corrections. after i struggling completing the task, only at the very last day, I just realized I haven't include proper conclusion on my project work..Hahaha..


Now, part of my conclusion is done..got some ideas, and still push myself to start writing..hehe..
I hope everything would be fine and good..

hehe..sambil2 chatting dgn housemates memang efficient sgt la keja..ahaks..k chow.
Now, i am interested to get involved in their topics..segala cter2 mak cik kuar..ehhe..layan.....
~~~xoxo~~~

spread loves to everyone..

Saturday, 23 April 2011

Thank you

why people nowadays hardly says those magic words??? ''THANK YOU!!"

susah sangat ka nk ckap thank you..terima kasih..xi xie ni..(betul ke eja cenggini??)

mode geram..

[bile org dh tolong tu, pandai2 la ckp tenkiu..at least senyum ka kalo dh xleh bercakap tu. ni tak.dgn x berbudi bahasa tu bkn nk ckp tenkiu..siap perli2 sindir2 org lagi..ui awak tu..kte bukan nk sgt tenkiu awak..kalo dh rase org mnolong tu, cuba-cuba la berbudi bahasa sket..x ruginye..nk bawa ke mana la sgt ego yg tinggi tu.. org tu pun bkn nyer dh xde keja len sgt nk tlong awak je..n nk tadah telinga dgr ayat2 pedas awk je...sib baik la kesabaran ni masih tinggi lg..]

Astaghfirullah hal Azim..tgk..bile dh geram, pelbagai ayat yg x sedap didengar bakal keluar..
Sabarlah..InsyaAllah Tuhan bersama dgn org-org yg sbar..

n3 kali ni agak emosional..huhu..tp snrnye kegeraman ni dh lama..cuma bru ade kekuatan nk luahkan..kpada org brkenaan,insaflah..persahabatan tu akan jadi lebih manis jika masing2 tahu mnghargai nilai perkenalan itu,dan sanggup utk sama-sama susah senang dan tahun mnjaga hati masing-masing. Bergurau lah..dengan itu hidup akan jadi lebih ceria.. tapi berpada-pada lah.. kte tidak maklum tahap gurauan kte itu mampu mngguris pihak yg lain atau tidak..

Sekian..~~





okay..back to work..exams countdown..lagi 37 hari.. -''-

Tuesday, 19 April 2011

final exam!!


my final exam timetable is officially announced..ohh God..give me your blessing ..

Semoga dipermudahkan segalanya...Aminn..

BERUSAHA!!! MODE EXAM BERMULA..

p/s: Bakal ticer nk belajar..so,jangan kacau kalo xde perkara penting!! harap maklum..hehe... =p

Tuesday, 5 April 2011

senyuman di ukir untukmu...


tersenyum...
hatinya tenang..jiwanya lapang..
sesejuk air di kali..yg masih belum tercemar..
tatkala mendengarkan pengucapan itu..
gugurnya air mata..mengalir mengikut lekuk wajah..

senyum...
penuh kesyukuran..
seakan terasa kehadiran jiwa itu..
dalam meniti hari..melewati usia..
bahagia meraja di dalam hati..
sukar diluah melalui bait ayat..

senyum juga..walau kadang hatinya terguris..
jiwa yang kacau..ditabir garis halus..bila senyum diukir..
hanya itu dalam mimpi..menemani lena..
didakap dalam tidur..
bahagia seakan mampu diraih..

senyum bahagia..
walau di depan masih kabur..hati masih berharap..
nyalakan saja obor harapan..
agar terus nampak jalan..
Tuhan beri aku kesempatan..
agar aku mampu mnghadapi fitrahku..

Dalam doa..dalam ucapan..
diharap masih ada senyuman untuk hari esok..


Monday, 4 April 2011

pulang...

Setelah 10 hari berjaulah di Andalucia, Spain, akhirnya dia pulang. Angin sejuk United Kingdom kembali dirasa. Musim bunga yang menyambut kepulangannya ke York sesungguhnya amat indah. Kelihatan kelopak daffodils sudah mula mengeluarkan warna kekuningan dan putih..begitu juga dengan bunga-bunga tulip yang semakin mekar dengan bermacam warna.

Hati Farisya sungguh girang melihatkan itu. Terasa kebesaran Tuhan maha pencipta yang sungguh bijak mengatur 4 musim bertukar ganti setiap tahun. Melangkah masuk ke rumah sewanya, dia terkejut melihatkan setimbun surat di hadapan pintu rumah. Mungkin diselit oleh pekerja Royal mail melalui mailbox di pintu rumahya. Lantas jarinya menyelak satu demi satu surat itu. Hampa. Surat yang ditunggu tiada di situ. Mungkin dia sudah lupa.

Longlai kakinya melangkah ke tingkat atas menyeret bag pack yang dibawa sepanjang berjaulah. Dilempar dirinya ke atas katil yang empuk. Melepaskan lelah sepanjang seminggu itu. Sesungguhnya dia penat..

Saturday, 2 April 2011

babak 2..scene dalam metro..

Hatinya hancur luluh melihat wanita tua buta di dalam metro itu dipimpin seorang anak gadis,mungkin anaknya, sambil menyanyi dengan sayu mnghulurkan tangan meminta sedekah..

Metro yg bergerak laju langsung tidak dihiraukan..tanganya tegar menadah kpda sesiapa sahaja yg dirapatinya..dlam beratus manusia di dalam komuter itu hanya seorang dua yg meletakkan duit syiling beberapa sen ke dlm telapak tangannya..

Nyanyian wanita tua itu sangat merenggut ketenangan hatinya.. Masakan wanita setua itu tidak dihiraukan. Sebagai manusia asing di situ, Farisya takut. Takut untk membuka dompet di depan org ramai di dlam metro yang terkenal dgan penyeluk saku dan beg duit..Bahkan mungkin dipukau... Dirinya hanya mampu melihat dari jauh tanpa dpat menolong.. Kerasnya hati manusia..

Sepanjang perjalanannya di Bumi Andalusia itu, itulah pertama kali hatinya menjadi sayu.. hampir menitik air matanya.. hatinya teringatkan ibu ayah di Malaysia.. Sudah lama dia tinggalkan untuk datang menuntut ilmu di negara orang.. Bahkan cuti semester yang hampir sebulan itu juga, dia menghabiskan masa untuk berjalan menambah pengalaman di negara eropah yang lain. ohh..terasa sungguh rindu pada keluarga di rumah..

Jaulah ke Espana..


10 days tentative ke Spain..
21/03-Bismillah...bermulanya perjalanan.. 2.30ptg amik train dr york ke liverpool ..14hours di airport sebelum berlepas ke Andalucia..
22/03-jam 9pg..flight ke Malaga..beza masa Spain and UK, need to forward 1 hour.. :)
23/03-ke Gibraltar(wilayah UK)..pulang dan tdo di Malaga ..

24/03-amik train ke Seville..berjalan2 di Seville sehari suntuk then we took train to Cordoba.

25/03-Jalan-jalan di Cordoba..ptgnye amik tren ke Granada..

26/03-Jalan-jalan di Granada. melawat Al-Hambra..sempat sesat jgk ptg tuh ngan ekin di bandar Granada..hehee

27/03-Amik tren ke Madrid..

28/03-Jalan-jalan di Madrid

29/03-awal pagi amik flight ke Barcelona..

30/03-Jalan-jalan di bandar Barcelona..

31/03-awal pagi amik flight ke Liverpool pulang ke Uk..jam 1.30ptg smpai ke Liverpool epot,then 2.30 amik tren balik ke York..

ni cuma tentative ringkas...penat lagi..bakal di update.hehehe.....nanti upload pictures..lot of pictures taken.tapi still sedih..satu album spanjang jalan2 di Seville hilang..uhukks..

Overall,everything went smoothly and alhamdulillah perjalanan kami selamat dan dipermudahkan... :)

Thursday, 17 March 2011

hati yang gelisah...

resah gelisah...hatinya makin tak tenang..debarnya setiap hari semakin menjadi.
kadang-kadang darah terasa menyirap sehingga ke kepala..bukan niatnya utk jadi sebegitu.
dirinya terkadang rasa terpinggir..langkah ke ke kiri tidak kena.langkah ke kanan terasa kekok..

dirinya masih cuba tersenyum..cuba menyibukkan diri untuk melupakan masalah yang dihadapi..dirinya terasa serba tidak kena..namun harus apa lagi..

mahu diluah,tapi pada siapa..

Air mata bergenang...pandangan di arah ke siling..dahinya mengerut..masih mencari punca ketidak tenteraman dalam diri..mungkinkah salah dirinya sendiri atau dirinya sbenarnya mangsa keadaan? Farisya masih mencari sebab atas semua yang terjadi..

lantas, segera dia bingkas bila tersedar..masih ada yg mahu..masih ada yang tahu.. :'(

Sunday, 6 March 2011

Final year punye keja--------> berlambak

Nak masuk second term of my final year baru terasa sibuk yang amat..

nak fikir banyak perkara and tuntutan kerja sebagai student. Ni baru nak buat degree..belum lagi kalo lah diberikan peluang untuk buat master plak..adoii...

Tinggal lagi 2 minggu before my lecture classes finish.
List keja untuk diselesaikan..

1)hantar kotak besar nk shipping ke malaysia..dlm minggu dpn org palshipping dtg amik kat umah.yeay..dh abes kemas separuh.

2)abeskan planning and tempahan nk jenjalan ke Spain.yeay!!spain,here we come..un dos tres!!

3)balik spain kena prepare nk exam and hntar draft projek

4)hantar draft project :due-->26/04/2011
hantar final project report:due-->16/05/2011

5)exam 5 papers:-
I)FORMAL LANGUAGES AND AUTOMATA
II)NUMBER THEORY
III)SPECIAL FUNCTIONS
IV)NASC II
V)MATHS FINANCE I

6)preparation nk wat poster

7)kena bentangkan poster(harap2 leh siapkan n wat ngan betul!!!)

8)pikir2 rase nk jalan2 lagi..hehe..dalam UK je la kot.

9)family housemates start dtang dlm bulan 6

10)insyaAllah 14JULY2011 tarikh GRADUATION CEREMONY

11)dalam 20++july kami amik flight balik MALAYSIA!!!

harap sangat dapat siapkan sume as planned.. hope everything go smoothly.
xde masa sangat nk shopping sekarang. but still xleh nk elak dr tershopping online.hehe..ter...okay..not intentionally..(ampun....)

okay..need to go back to works..
insyaAllah Farhanah can do it!! Fighting!!

Saturday, 19 February 2011

bahagia~~~


happy day... 19February 2011..thanx pada orang tu cos sudi datang york. walaupun suhu sgt sejuk and ade snowing+hujan , sy still happy. thanx for the flower and mug..hope you like the shirt.. ^.~

hari ni penat tapi still x abes2 senyum..thanx jgk pada siti fatin klik sini sebab sudi temankan...love u..~~~ :)

Saturday, 12 February 2011

rindu


I miss him..... ..uhui..n3 jiwang..umm.abaikan!

Monday, 31 January 2011

eksperimen makanan..

bile xde keja,aku suka bukak blog makanan..tgk gmbar2 makanan pastu teringin nk try masak sendiri... diri ni bukanla seorang yg pandai sgt masak..tapi bile dh try masak tu,ok la jgak kot rasanya...walaaa..hehe..


di negara bermusim sejuk ni tetiba suatu pagi aku terasa nk makan pulut gaul nyor (kelapa muda)..sedap weyh.hehe..


my first trial memasak pulut..





nama: pulut gaul nyor ikan masin..
bahan-bahan: glutinuos rice(pulut), dried salted fish(ikan masin),grated coconut,fresh milk,garam..
cara masak: tanak beras pulut tu mcammasak nasi dlm rice cooker..paras air sama paras ngn beras.. nk dpatkan nyor muda kat UK ni agak susah,so i just use dried grated coconut dlm packet.nk basahkannya,gaul dgn sedikit fresh milk campur garam sedikit..pastu panaskan dalam microwave.
sambil tunggu pulut masak,goreng ikan masin dulu..heehe(bawak dr Malaysia)


p/s:jgn memasak di awal pg sgt,sbb nnti fire alarm yg alergy bau ikan masin akan menjerit di pagi hari dan will wake your housemates up from their morning sleep..haha..sorry!!



ni plak my attempt nk masak laksa asam..






laksa asam..
guna tuna dalam tin je utk kuah..blend ikan ngan dried chilies,,n masak atas api,kacau perlahan sampai masak..tambah asam keping,gula garam utk perisakan..hiasan,guna pineapples lm tin je..mee laksa xde,so i just use spaggeti..huhu..rase,boleh tahan kut..cuma mesti lg best kalo ade bunga kantan ngan daun kesum..xpe..nnti cuba lagik.hehe..







mee kuah my favourite


mee kuah aka mee sup..
mee ni sangat mewah sebab tetiba cukup bahan utk masak..ade daging,ayam,fish cakes,sayur-sayuran campak dr dlm fridge..hehe..tambah sambal kicap..sedapnyer...waaallaa... ^^
ni baru wat minggu lepas..thanx to my resipi for the mantap resipi given.. *senyum*





pasta instant..mode malas..
pasta malas...
after balik kelas ari ni,kami mode malas n tetiba rasa nk makan pasta instant brocolli and cheese..tambah carrot sket..hehe..sehat la kut...tambah susu and butter,kacau2 atas api,siap!!kenyang...erk..



ptg ni plak my turn utk masak makan malam..dyorang ckp teringin nk makan kerabu mangga and kari ayam..huhu..so ini saya akn buat utk melayan selera housemates ku..gmbar kari ayam xde lg sebab rase nk upload gmbar yg sndri masak..haha..confident!

gambar hasil ehsan encik google...

huhu...lapar la plak tulis entry sal makanan nih..

Sunday, 30 January 2011

bile bosan


bukan xde keja...keja berlambak..amik pen sepatutnya nk wat esaimen..tp teramik pensel g conteng kertas lak..aduyai...okey,focus!

Monday, 24 January 2011

mama abah.....

i miss mama...
bila terlalu rindu mama..aku x mampu nk call ke rumah..aku takut akan menangis sehingga mama tahu aku rindukannya..
bila aku sakit..aku akn tunggu sehingga sakitku sembuh baru aku mmpu untk mmberitahu mama..aku x mahu buat mama risau..
aku sygkan mama...aku sygkan abah...sungguh rindu..saat ni aku hnya mampu menulis utk mnceritakan perasaanku..
aku jadi lebih sensitif akhir2 ni..saat ni terasa sgt rindukan my parents..

terasa mahu terbang di saat ini jgk..mahu kucup tangan mama abah..kucup dahi mama..kerinduan yg sukar digambarkan..aku rindu lihat mama senyum memandangku penuh kasih syg..
aku suka mndengar nasihat yg sarat dgn tanggungjwab dr abah..
aku cintakan mereka demi Allah..
ya Allah...terima kasih..
krana mengurniakan ibu bapa sebaik mereka padaku..
ya Allah..berikan lah ketenangan hidup pada mereka..kepanjangan umur utk beribadat kpada Mu ya Rahman..
ya Allah..ampunkanlah dosa mereka yg telah lepas..lindungilah mereka dunia akhirat..murahkan lah rezeki mereka..permudahkanlah urusan mereka.... Ya Allah..jadikanlah diriku ini anak yg solehah yg mampu menyenangkan hati mereka..
perkenankanlah permintaanku ini..makbulkanlah doaku ya Allah..

sesungguhnya aku rindu mereka..

Monday, 17 January 2011

rindu budak ni jugak...huhu...


name budak kecik ni nur amni mahirah bt mohd kamaruddin..
anak abe din yg sulung tu..2nd,nur alma marini..ade kat sebelah tu..hehehe...
cubaan menyanyi dy yg x brape nk jadi..layan jer... :)

miss this moment~~~


video ni senget2 sbb lupa nk betulkan..huhu..
ni kami picnic di museum garden after exam spring(kalo x silap) masa 2nd year in york.
they are my housemates and bestest frens of mine... love

-xoxo-

Friday, 14 January 2011

kube lana....:P

my meja study yang penuh dgn papers,food and drinks..kube sangat2..hohoho~~


sgt sibuk bile nk exam...time tu kami sangat struggling just for the sake of exam..
york mngamalkan sistem lectures for about 10 weeks in each term,pastu term break ,right before start a new term,we gonna have exams..
erk..so,total we have 3 exam ni a year..


ni kiranya my very first exam in my final year..

honestly speaking..exam kali ni sangat SUSAH~!!!

3 papers on 13,14 and 15 Jan 2011..

ya Allah..semoga kami sume final year maths in york lulus dgn cemerlang..Aminn..

Monday, 10 January 2011

awak..sy dh mkan ubat...


okay..ni ubat yg sy mkan pagi td.(gedik betul..ni pon nk tunjuk..) huhu..

panadol and vitamin je as a supplement..menci btul..dh dkat nk exam ni la mcam2 jadi.. semangat!!! @.@

Sunday, 9 January 2011

jadual


jadual exam autumn term ..hoho..chaiyok2!!! p(^^)q GAMBATTE!!

p/s: abaikan tulisan yg super buruk and lukisan yang super x jadi..hohoho~~~holicks

cuai...


i just bought this phone case..sblom ni dh try macam2 jenis and colour..but this time i want to try use the black pouch casing for my tocco ultra phone...huhu.rase macho sket dr yg sebelum ni kaler pink,and red je..

hehe..pastu sy ade habit suka pakai bedak powder.haha..nk tgk x ape yg jadi bile sy letak phone yg tgh caj kat tepi tmpat meja cermin berhias sy..jeng..jeng...jeng...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v



ni la jadinye..black dh jadi smoky.. =''= erk..