i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday 19 August 2013

(Gambar) Adleena permata hati saya..

Assalamualaikum uols~~
hari ni genap 43 hari dah Annur Adleena..
cepat je kan rasanya masa berlalu..esok sy dah abes berpantang. hehe.itula waktu yang ditunggu-tunggu.
rasanya sudah bosan nak makan makanan pantang je. ini x boleh, itu x boleh.. esok last day pantang, lpas tu sy dah merdeka. yay!! merdeka!

masih muka innocent.. :) minggu pertama kelahiran


hah..tu dia gaya tido anak dara sy


abah!! adleena rindu abah!!kui kui..ke mama rindu abah ni? :p


muka nak mintak susu tengah2 malam hehe


hari ke 7, buat cukur jambul..panggil orang surau je datang since bulan poser..buat lepas subuh.


inilah hasilnya. adik dah botak!!



muka jam 2 pg..rindu abah lg ke?? :)


yang ni masa nk buat photoshoot dgn ayah ngah time raya 


muka marah mama amik gambar adik tgh nk kena tuam perut..


Annur Adleena yang dah kena 'pelepas' lepas dah 40 hari


                                              
peace!! adik sayang mama!!
ok..itu saja kali ni..jumpa lg..

Monday 22 July 2013

pantang larang sewaktu berpantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

=======================================

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang:

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

=======================================

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

=======================================

Cara Mandi

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Thursday 18 July 2013

kelahiran puteri pertama kami

Bismillahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum w.b.t.. dengan ini diisytiharkan, saya sudah selamat bergelar mama kepada seorang puteri yang sangat comel pd minggu lepas.. 


Ya Allah..terasa sesangat bersyukur kerana penantian kami selama ini akhirnya berakhir. Selama ini banyak pengalaman kelahiran yang kubaca di dada-dada blog orang..ternyata pengalaman sendiri agak berbeza dan sesungguhnya aku bersyukur kerana segala-galanya telah dipermudahkan.. Alhamdulillah..

Tanggal 8 July 2013(Isnin), aku masih belum merasakan tanda-tanda kelahiran.. namun begitu, kerana aku ada pregnancy diabetic, aku diwajibkan untuk menyerah diri ke hospital untuk bersalin pada tarikh due (EDD).

My hubby menemankan aku untuk check up dan menyerah diri ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) pada pagi itu.. hari tu aku sempat jugaklah buat kronologi dengan mata x lepas pandang dari jarum jam hospital..hehe.

okay,here we go..

10.30 pg - kami tiba di KBMC dan segera menguruskan hal-hal pendaftaran.. seperti biasa, aku disuruh untuk kencing, diambil timbangan berat, serta maklumat peribadi kami isi di dalam satu borang kuning.kemudian, kami diminta untuk menunggu doc in charge, Dr lily yang telah aku booking di ruang menunggu bersama-sama dengan pesakit luar yang lain..

12.00 tgahari- kami masuk ke bilik dr lily. scan dibuat.. aku agak gementar dan cuak apabila diberitahu yang bayi kami agak besar iaitu seberat 3.45kg dan air ketuban di sebelah kanan perut aku boleh dikatakan berkurang ataupun tiada langsung kerana saiz bayi yang sudah padat di dalam perut comel ku ini.

12.20 tghari - aku dibawa ke labour room sementara menunggu bilik wad yang lain yang sudah pun penuh. di situ aku nurse membuat ujian ctg untuk mengesan dan memantau degupan jantung bayi. ujian ctg itu berjalan selama setengah jam dan suamiku memang sentiasa setia menunggu di sebelahku.

1.10 tghari - doc lily datang melawat aku di labour room untuk check bukaan. pada masa tu, sakitnya hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya diseluk dr bawah oleh tangan seseorang.. sempat lagi doc tu berlawak denganku, sakit ke?ini baru sikit..hehe.. ooohhh..no.. and..as the result, she said, it's already 4cm opening! eh?? eh?? i was like, seriously?? doc tanya, betul ke awak x rasa sakit pape sebelum ni?betul la doctor..xkan la saya nak tipu..

and the doc immediately called the nurses supaya tahan aku terus di labour room. aku xkan di induce kerana opening sudah 4cm..hanya menunggu contraction yang lebih kerap untuk aku bersalin. 

aku yang agak terpinga-pinga boleh pulak reply padanya, doc, boleh tak saya nak pergi lunch dulu?lapar la...after short discussing, she allowed me under one condition, makan di cafe sahaja dan terus naik ke labour room after lunch.
i agreed. then aku dan suami terus menuju ke cafe untuk lunch.. honestly, apabila sampai je di cafe, aku terus kehilangan selera apabila memikirkan yang aku bakal bertarung sebentar lagi.. hanya sedikit nasi yang sempat kujamah.selebihnya,haruslah anam yang habiskan.hehehe.. lepas lunch, kami bergerak mengambil kelengkapan aku dan baby dari dalam kereta dan kami sempat melangkah ke surau dahulu memandangkan sudah masuk waktu zohor..

2.00 ptg - aku dan suami kembali masuk ke labour room.. doc lily datang untuk melihat keadaanku.. kemudian, air ketubanku dipecahkan dengan menggunakan sejenis alat yang panjang dan tajam di hujungnya..terasa cecair suam mengalir perlahan-lahan setelah kantung ketubanku dipecahkan.

2.10 ptg - tanganku dimasukkan jarum dan air disambungkan ke tanganku.. aku agak tidak selesa kerana aku memang pantang kalau benda-benda seperti itu berada dan dimasukkan ke mana-mana anggota tubuhku.

2.15 ptg - agak cepat, tapi itulah first contraction yang dapat aku rasakan. sakitnya agak mild, tapi cukup untuk membuatkan ku mengeluarkan air mata pertama. tangan suami ku genggam erat. dia mula cuak melihat aku menangis.. pada waktu itu,walaupun sakit, aku masih sempat mencapai henfon untuk menghantar sms kepada adik beradiku yang lain..

2.30 ptg - 2nd contraction dirasakan..aku ingatkan ini akan berlaku untuk setiap 15 minit pada awalnya. tapi aku silap, selepas 2.30 ptg, contraction semakin kerap terjadi dr 5 minit hinggalah ke setiap minit.. nurse datang untuk menanyakan adakah aku mahu di suntik ubat penahan sakit. aku jawab aku masih mampu bertahan. 

3.30 ptg - contraction yang semakin kuat, aku meminta suamiku memanggil nurse untuk diberikan ubat penahan sakit. doc datang untuk memeriksa bukaan sekali lagi. katanya, bukaan sudah mencapai 6cm. aku tidak lagi boleh disuntik. aku hanya dibenarkan untuk menyedut ubat pelali penahan sakit setiap kali contraction datang. tangan suamiku ku genggam dengan sangat kuat setiap kali sakit itu datang. pagar katil juga sudah dijadikan tempat aku berpaut. zikir-zikir untuk memudahkan bersalin semakin kerap aku bacakan. suamiku juga sudah tidak tenang dalam pembacaan surah maryam yang dibacanya dengan sebelah tangannya kugenggam kuat.

5.00 ptg - doc lily datang lagi untuk memeriksa bukaan. pada waktu itu, bukaan sudah mencecah 9cm.. namun doc lily masih menunggu sehingga aku rasakan seakan-akan untuk meneran. katanya kebiasaan untuk bersalin adalah apabila bukaan mencecah 10cm. pada waktu itu, aku sudah menggigil kesakitan dan peluh sudah basah di seluruh tudung dan baju yang kupakai.

5.20 ptg - kesakitan sudah mencapai kemuncak.aku merasakan hampir putus pinggangku..entah sudah berapa banyak cecair (darah ataupun ketuban) yang keluar dari bawah yang kurasakan. ianya bercampur baur dengan peluhku yang sudah semakin banyak. kesakitan yang teramat membuatkan aku semakin menggigil..doc lily dan nurse-nurse lain sudah masuk ke bilik untuk menolong proses bersalinku.aku disuruh meneran sekuat hati apabila contraction datang.

suamiku di sebelah sangat memberikan sokongan dan masih tidak melepaskan genggaman tanganku. aku disuruh untuk meneran tanpa putuskan nafas..berkali-kali cubaan dibuat..sehingga semakin ramai nurse yang sudah menjerit-jerit memberikan sokongan agar aku terus meneran. 

6.05 ptg - tepat jam itu, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel. sebaik sahaja bayi keluar, doc lily telah meletakkannya di atas perutku dan menanyakan aku jantina bayi itu..aku yang separa sedar akibat terlebih menyedut ubat penahan sakit, hanya mampu tersenyum setelah melihat bayiku.. 

6.45 ptg - aku kemudiaannya dihantar ke bilik setelah luka dijahit. bayiku dihantar ke bilik selepas dicuci dan dimandikan.. hanya Allah yang tahu perasaanku sewaktu melihat bayiku kali pertama.. 

sesungguhnya aku sangat bersyukur. bayi perempuanku selamat dilahirkan tepat jam 6.05 ptg tanggal 8 july 2013, seberat 3.15kg, dan 52 cm.. ^^
Benar kata orang, serasanya hilang seluruh kesakitan bertarung nyawa untuk melahirkan bayiku setelah mendengar tangisannya buat kali pertama. Suamiku juga menangis terharu melihat bayi kami..hehehe..

Bayi perempuan pertama ini kami namakan Annur Adleena bt Mohd Khairulanam.. semoga anakanda menjadi anak yang solehah, menggembirakan hati mama dan abah dan diredhai Allah hidupmu.. Aminn.. mama abah love u baby!! 
Annur Adleena sejam selepas dilahirkan.. :)

wajah bahagia seorang abah melihat bayinya..hehe




















Saturday 1 June 2013

35 weeks..

Alhamdulillah...lagi 2 hari dah nak masuk 35 weeks of my pregnancy...senyum..sekarang tengah musim cuti sekolah..cuti sekolah pertengahan tahun kali ni ada 2 minggu..seminggu kami dh berada di Langkawi..sekarang transit balik kat Penang.esok baru nak bertolak balik ke Kelantan...

Pheww....lega.yup..itula yang aku rasa sekarang menjelang je cuti sekolah..yela..bila dah makin sarat ni, dah makin x larat nak panjat naik turun tangga ke kelas yang berada di tingkat 4, untuk 4 atau 5 kali setiap hari...termengah-mengah dan sangat super duper slow la bila muatan berat ni nak naik tangga..huhuhu.. pernah kena sound dengan PK yang terpaksa dirahsiakan jawatannya, kes nya, aku lambat naik ke kelas..katanya, "cikgu, cikgu x sepatutnya buat macam ni.cikgu x patut lambat2 naik kelas".. erk.tanpa sempat aku explain yang aku tengah mengalami sakit-sakit pinggang dan tapak kaki,terus aku kena sound.yela..saya faham yg tu..tapi kena la dia faham gak..huhu..xpela.nak buat camne..dia x tahu kot yang saya ni tengah pregnant dah nak masuk 9 bln..perut pun xde la besar sangat lg...

xpe2..tanak fikir hal sekolah masa cuti..nanti spoil mood nak bercuti..hehe.super excited sebab in less than 3 weeks, aku dah nak mula start cuti bersalin..yay yay yay..err..tapi masih belum buat permohonan cuti dengan Puan pengetua..gane ni??adeih..harap2 dia luluskan la cuti 2 minggu sebelum due tu.. Aminn..

persediaan untuk menyambut puteri kami, (er,dah confirm eh puteri?) agaknya dah 85 peratus ready..hehe..juga dah sediakan satu bag kelengkapan baby untuk diletakkan di dalam kereta. barang-barang kelengkapan mama juga dah ada.cuma masih ada sesetengah barang yang masih belum complete..tunggu nak beli barang-barang yang masih tertinggal tu kat klate je la..malas nk mengangkut barang-barang tu dari Penang..

mama mertua pun dah sponsor set barut baby..complete set sampai baby umur 6 bln pun bleh pakai lg..hehe.macam2 size ada..dan jugak mama ada sponsor set bakul baby,tilam kekabu baby dan bantal-bantal,serta bakul baju baby yang ditempah khas from Langkawi..encik hubby pulak dah g pilih kaler pink plak tu sumenya..redha je la..hehe..hopefully memang kuar nanti baby gegurl la.. hehe :)

my mum pulak mestila sponsor yang paling best.sponsor tempat tinggal.haha..penginapan lengkap sepanjang tempoh berpantang..yay yaay yay!!!

my hubby sponsor apa??dia la sponsor paling besar dalam rumahtangga kami..haha.not to mention, barang-barang baby,mostly dia la yang bayar.hehe..and yang paling best, abang dah hadiahkan henfon baru sempena  hari Ibu dan hari Guru untuk tahun ni.. tenkiu abang..always love u :)

untuk my birthday.....agak-agak nak request apa ye dengan encik hubby???umm..1st, nak handbag baru..2nd, nak purse baru..3rd, nak kasut baru..4th,nak kek!! haha(yang ni dh lama x dpat)..5th, x kisah la encik hubby nak surprise kan dengan apa.haha..yola..my birthday selang 2 minggu je dengan my due date..kan best kalo dpt bersalin dekat2 dengan tarikh birthday sendiri..hee..ohh, harap my hubby baca post ari ni..puh puh puh..jampi..hehe.(x semestinya nak kena lengkapkan kelima-lima wish tu tau abang,tp yg no 4 tu wajib eh?<3 br="">
okay la...encik hubby dah perasan aku tengah menaip blog..haha.kena stop dah..nak berehat pula..xtau bila lagi rajin nak updatekan blog ni..entah-entah bila dah bersalin nanti plak....

till then, wassalam my blog..take a very good care..mama will definitely come back!! ^^

Sunday 17 February 2013

5 bulan!!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah...dah hampir separuh perjalanan..macam x terasa dah masuk 5 bulan kandungan aku ni.perut pun mula dah nak tunjukkan size membulatnya itu.hehe..
sepanjang 5 bulan ni, banyak sangat alahan yang aku sempat merasa. semalam anam ada tanya, mesti aku dah serikkan nak pregnant lagi lepas ni?haha...for the moment, i said, memang la! tapi once dah tgk baby nanti,mesti teringin nak tambah lagi.haha..very ambitious. tapi bila anam mintak nak 10 orang boleh x?aku tetiber rasa nak pengsan.. -''-

okay, sepanjang 5 bulan ni, masa aku mencecah 4 bulan lebih, dah 3 kali aku merasakan sakit kat dalam perut yang teramat. teramat tau..

masa first, masa 18 weeks.. pagi tu aku telan la obimin pluz ngan epal je. tapi epal tu aku p mengada2 tambah asam serbuk tu..adoi..dengan perut kosong lg masa tu. memang lar memulas n menyucuk .lama sangat perasaan tu bila dah mencecah dekat 2 jam. masa tu sakit perut yang sampai buat aku nk pitam,menyucuk kat pinggang,kat perut..nasib baik la masa tu ari sabtu, xyah p sekolah.kalo kena kat sekolah,memang xtau nk imagine macam mana rupa aku.hehe... then, kami decide la nak ke klinik swasta je. aku n anam ke klinik syifa yang ada kat simpang sebelum taman tun sardon tu. and lepas doc check, dy kata tersalah makan je tu.kami lega teramat..dah alang-alang datang klinik tu, kami mintak la nak scan sekali.teringin yang teramat nak tau keadaan baby. dulu masa first time scan baby masa bleeding.lepas tu x pnah scan langsung.. anam pun ada masa tu. kebetulan masa di scan, baby kami bergerak-gerak dah.yay yay...alhamdulillah doc cakap baby sehat. keadaan uri, air ketuban semuanya ok.just kedudukan baby masih songsang, which is kepala kat atas,kaki kat bawah..tapi for the moment, masih normal.nanti dah tambah bulan nanti, baby akan pusing balik.. masa tu kami happy sangat boleh tengok degup jantung dia yang sangat comel..kaki dia dah bergerak-gerak menendang halus..tangan dia dengan gaya nak menghisap jari..hehehe...

ni la gambar baby kami..hehe..dah nampak kepala n tulang belakang dia.. ^^

lepas balik klinik,terus dah rasa lega sikit sakit kat perut tu..hehe..sempat lagi pi jalan kat bukit jambul.ngeh3..

then, nak cerita masa yang 2nd attack plak. 2nd attack berlaku masa aku balik kampung. pagi tu, aku dengan x makan pape lagi,terus diserang sakit perut yang teramat.rasanya sebab salah makan lagi kot.huhu..biasa la.balik kampung jarang-jarang.bila dapat peluang balik bercuti untuk seminggu, aku terus amik peluang untuk menikmati segala jenis makanan.heaven woo...best giler,balik asyik makan je..berat aku dah bertambah lagi.hehe..dah jadi 48 kg!! new achievement i can said.. *angkat-angkat kening* ^^
ohh lupa.tengah bercerita tentang sakit perut kan..masa tu aku asyik berulang ke tandas.ada la dalam 3 4 kali pagi tu untuk jangka masa kurang sejam. masa kat tandas, langsung x kuar pape(eew...x senonoh nak citer)..tapi itula realitynye..sangat terseksa. masa tu aku dh rasa nak pengsan kat dalam tandas.terpikir sakit nak bersalin lagi teruk dari ni ke??ini pun dah sakit yang teramat..aku dah menggigil,and kepala dah jadi sakit sangat.pinggang n perut memang la dah terlebih menyucuk..nasib baik,kuar tandas tu,anam dah tolong letak minyak angin kat belakang, baru rasa lega sikit..hehe..i love my hubby!!
(p/s: lepas dah lega sakit perut tu,sempat lagi aku g makan nasi berlauk mail yang super sedap abah g beli untuk breakfast.hehe..banya lak tu.ops)

and,the third attack happened yesterday..or should i say, since the day before yesterday?masa tu aku baru balik dari kedah.atas tujuan perhimpunan guru muda 1 malaysia. anam ajak aku g makan char kuew tiow n air nyior kat tepi pantai dekat queensbay tu.. memang nikmat la..sedap oo.tapi yang x best,bila nak meneruskan suapan char kuew tiow yang terakhir, perut aku dah start memulas,aku terus ajak anam balik. tapi,bila dah lelok duk dalam keta, perut dah ok balik.bagitau kat anam, dia cakap bagus la tu.jom kita jalan-jalan,pusing balik pulau plak?erk??
haha...untuk menggembirakan suami,aku ikutkan je la..ingatkan dekat je spesis balik pulau ni.rupanya agak jauh la.dengan jalan yang mengalahkan nak naik ke cameron higland lagi..naik bukit tinggi,ngn jalan yang pusing-pusing..sesungguhnya bile dah turun aku dah start pening loya nak muntah and start memulas perut balik dah.haha..padan muka.kami terus balik rumah..

untuk ari tu je(sabtu) aku dah sakit perut 4 kali.and ahad plak, aku sakit perut berkali-kali..haha..maunya x,kalo dah lebih 10 kali aku asyik duk memulas and asyik duk kuar masuk tandas je..aku rasa dah lembik.kalo pegi klinik kerajaan confirm2 kena masukkan air dah ni..hehe.yola.malam sebelum tu aku dah xl alu nak makan..muntah dengan banyak plak tu.dengan suhu badan dah naik, kepala dah terasa berat sangat,aku tdo awal..tapi sepanjang malam aku asyik terjaga dan kepala terasa sangat berat.badan still panas.dalam hati asyik duk berdoa je ngan Tuhan supaya ni semua x memudaratkan baby..

ptg ahad tu,lepas dah minum teh kelat pun x berjaya, aku decide ke klinik swasta aje.kali ni kami ke Klinik Aman..dekat jugak dengan taman tun sardon tu. and doc bagi ubat tahan cirit n mutah..dia cakap nasib baik dah x demam.aku pun dah mampu untuk berpeluh..and the best thing is,dia bagi aku mc..haha..inilah sebabnya, Isnin, 18feb..hari yang aku sepatutnya aku memulakan sekolah balik lepas bercuti selama seminggu aku berada di bilik je..x pegi sekolah..sempat lagi update blog.sebab dah bosan,bila anam dah pergi sekolah.hee.. yay,sambung cuti lagi sehari.boleh la aku siapkan keja pbs yang tergendala sejak cuti ari tu.. *senyum ada makna* hehe..

wassalam...










Sunday 27 January 2013

17 weeks already!

Bismillahirahmanirrahim...
 Esok genap 17 minggu kandungan aku. starting week 15, baru aku dapat merasakan perut mula mengeras..
Alhamdulillah..perut terasa makin membesar, dan aku sendiri dapat merasakan adanya bayiku dalam kandungan.. sebelum ini sangat n teramatlah risau, kenapa perut ku masih kecik and x rasa apa-apa lagi..huhu..

tunggu next wednesday, after school, aku akan pergi untuk my 3rd check up di klinik kesihatan ibu dan kanak-kanak di Taman Tun Sardon.. hopefully my baby and myself sihat. hopefully.. risau jugak and sangat nak tahu keadaan baby. harap dapatlah nak scan baby kali ni.last time pergi check up which is about 4 weeks ago, sister x bagi nak scan lagi, sebab dia cakap masih x rasa apa-apa dalam perut. only God knows how i feel masa tu.. nak menangis pun x boleh lagi. sebab check up kesihatan sumenya ok. just me myself yang tak tau dengan kesihatan baby.. =''=

and... this week supposedly, dah boleh kalau nak scan and me and my husband dah boleh tau jantina baby!!! yay!! kalau baby boy, cepat lah boleh tau... tapi kalau baby still nak sorok2 and nak bagi surprise, xtau la..hehe..harap2 boleh tau dengan cepat sebenarnya.. my sister, my family, and fren sume pun teka my baby ni gonna be baby girl.hehe... takpe2...just wait and see.. my hubby pun macam teringin nak baby girl, dia cakap boleh nak hias comel2..haha. adoii..si bakal ibu pulak, sebenarnya x kisah sangat jantina my first baby, just really hoping my baby akan sihat, sempurna akal, fizikal, dan iman..itulah yang aku selalu doakan setiap kali lepas solat. Aminn... =))

hurmm...tapi bila difikir-fikir,less than 5 months lagi masa yang tinggal sebelum aku jumpa dengan my little baby. happy, excited, x sabar of course la kan. tapi most importantly, aku baru sedar sesuatu. bagaimana kalau pada masa melahirkan itu, nyawaku diambil? dah macam-macam cerita yang aku baca dan dengar daripada orang sekeliling. melahirkan seorang anak, seakan-akan bertarung nyawa, dan kalau meninggal dunia, insyaAllah akan dikira sebagai mati syahid. aku sebagai hamba Allah, sememangnya mengharapkan mati syahid. tapi, dalam pada masa yang sama, aku sendiri sayang nak meninggalkan semua ni.. bagaimana dengan suamiku dan bayiku nanti? sanggup ke abang jaga permata hati kami sendirian?? umm..harap-harapnya, kalau itu yang telah ditakdirkan Tuhan untuk ku, aku sangat berharap akan ada yang sudi untuk menajaga anak kami, dan semoga suamiku dan familiku redha dengan pemergianku nanti.

persediaan untuk menyambut bayi = persediaan bertemu dengan kematian, setuju tak??

semakin dekat dengan EDD (estimated due date), aku sepatutnya mempertingkatkan lagi amal ibadatku,seakan-akan persediaan untuk kematian. semua pun sedia maklum, kita tidak tahu bila-bila masa pun nyawa kita boleh diambil.. namun aku sendiri selama ni seakan-akan langsung tidak bersedia untuk itu.. Ya Allah..betapa sombongnya aku dengan Tuhan yang selama ini tidak putus-putus memberikan aku rezeki dan tidak pernah melupakan aku..

muhasabah diri dan aku sepatutnya menjalani kehidupan selepas ini dengan cara yang berbeza. moga aku istiqamah dalam mengingati Tuhan dan kematian. kepada kawan-kawan, suamiku, ibu bapaku, dan semua ahli keluargaku, aku nak mohon maaf sangat-sangat kerana aku tahu aku bukannya sebaik-baik umat. aku juga melakukan kesilapan. dan aku mohon semua pun dapat memaafkan aku. semoga suamiku redha dengan  setiap kelakuanku setiap hari..

7:52pm : 27 Jan 2013 (Ahad)- kandungan 16 minggu 6 hari

Tuesday 8 January 2013

miserable ....

salam..
haha.tajuk cam gempak je kan? okay,seriously feel so miserable lately.. -''-
tiba-tiba rasa macam ada sangat banyak benda yang tak puas hati.
tiba-tiba cepat je rasa sensitif..
ouwhhh...

first, still risaukan my baby... huhuhukk  :'(

2nd, terasa sangat sangat sangat sangat teramat rindukan kawan2 yg pernah suatu masa dulu very2 close to me..masa di smk kamil, masa di matrik(walaupun kejap), masa di kyuem, and paling-paling teramat rindu kawan-kawan di york, especially my housemates..
umm,masing-masing macam dah ada life masing-masing..
rasa agak jauh dengan mereka..
rindu saat masa bujang dulu..happily sharing everything,...even tempat tidur sekalipun(aip, jgn pk bukan2!)
huurm... okay.maybe i have to admit kot, mungkin aku ni jenis yang susah nak menunjukkan kasih syg pd kawan-kawan..atau aku je yang sebenarnya syg dyorang, tapi dyorang sebenarnya...umm..susah nak cakap.
dah lama rasa perkara ni...

lately, when 'something' come up, and she says something yg tak tersangka, buatkan aku terfikir berjuta-juta kali..(juta-juta kali okay) ..supaya kita hendaklah menjaga ayat/perkataan/segala jenis kata-kata lain dalam perbualan kita seharian..bukan hanya dalam perbualan, malah dalam berbalas komen di facebook mahupun bertweet di tweeter ataupun msg di henpon.. bila nak tulis sesuatu, maybe walaupun kita x terniat to be harsh, ataupun sekadar bergurau, but we never know what will the other side think of..

haha..okay,case closed! dah lama rasa nak meluahkan,tapi kadang-kadang xtau mcam mana nak luahkan.. kadang-kadang terfikir, terlalu menjaga hati orang pun salah jugak.kalau ianya sehingga hati sendiri x terjaga..Astaghhfirullahalazim..nauzubillah..

3rd, yang ni pun dah lama terpendam and x boleh diluahkan.. terfikir jugak, mengenai nama panggilan. sebenarnya mungkin kita tidak perasan, nama panggilan yang kita guna untuk berbahasa dengan kawan-kawan x kisah la kawan rapat, kawan jauh, atau kawan baru kenal, boleh mengguris hati mereka.. selalu ingat satu tazkirah yang pernah didengar suatu waktu dulu, kalau kita memulakan panggilan yang tidak elok kepada seseorang (nama gelaran), dan nama itu juga menjadi ikutan orang lain apabila memanggil seseorang itu (dan hati org itu sebenarnya amatlah tidak suka dan rasa terhina), maka dosa berlarutan dan berpanjangan  akan terus melekat pada kita selagi orang yg kita cipta gelaran itu tidak redha dan memaafkan kita. Nauzubillahilazim.. umm..insaf seketika. ..

sebenarnya sensitiviti orang-orang di sekeliling kita hendaklah kita jaga.. kalo dia sensitif dengan sesuatu perkara ataupun nama, ataupun apa-apa sekalipun, hendaklah kita hormatinya.  setiap orang pun mestilah ada dia punya sensitiviti kan?? haa...ckp betul cpt.heheh..
walaupun hanya dengan niat untuk bergurau atauun hanya untuk 'menghangatkan' suasana perbualan, isu sensitiviti haruslah sebaik-baiknya dielakkan..

yang paling penting, kalo la orang tu dah tegur, and cakap x suka dengan apa yang kita yang perkatakan, kita hendaklah segera menghentikannya dan jangan sekali-kali mengulangnya lagi..huhu..(Yang ni paling penting tau,ditekankan..hehhe)

okeh, dah membebel panjang pulak kali ni...hehe.ni sesi luahan di blog sendiri je. nak luahkan pada suami, takut si dia susah hati pulak. nak pendam sorang-sorang,takut memudaratkan baby..so, di sini la tempatnya.my own blog!! yeah!! bila facebook tidak lagi boleh dipercayai! (haha..gelak jahat)

okay, bagi sesiapa yang terbaca post kali ni, aku nk berterus terang, i am still the same Farhanah! just being honest to myself to regain my self confidence! and maaf sangat kalau ada sesiapa yang terasa, terguris ter...ter.. apa-apa lah, sorry teramat.tiada niat untuk menjauhkan jurang yang sedia ada.( ada ker?) ehhe.. baiklah..ciaou!! ^^