i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday 31 December 2012

trimester kedua



salam..

Alhamdulillah sudah berjaya masuk ke trimester ke dua.. =)
hari ni genap 13 minggu 1 hari..hehe. Tahniah2 pada diri sendiri kerana berjaya mengharungi segala alahan.

hari tu automatik masuk ke minggu ke 12, selera makan macam dah ada balik.but still ada muntah-muntah ar jugak.tapi better than before. =) banyak jenis makanan dah boleh nak bau balik.cuma satu je,masih anti dengan rupa dan bau kari serta sambal belacan atau apa-apa jenis sambal.ouh... eeuww...pastu mula la rasa macam ni...

pening dan pening dan pening dan loya.... :(
ohh..ok..papepun memandangkan hari ni dah masuk tahun baru 2013, HAPPY NEW YEAR kepada semua. =) Esok dah mula sekolah..bersemangat untuk mengajar budak-budak sekolah balik.hehhe..walaupun kena ajar subjek which is not my option, terpaksa la..huhu..

new term, kena ajar PHYSICS FORM 5 2 kelas = 9 waktu

                               SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN FORM 1 2 kelas = 4 waktu
                               SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN FORM 4 2 kelas = 4 waktu
total = 17 waktu seminggu!

ok.mama baru kena tabah dan berusaha! chaiyok! ^^

Thursday 20 December 2012

Ketahui jantina baby

Assalamualaikum w.b.t..

ok. mulakan pagi Jumaat dengan senyuman. :) SMILE :)

kandungan lagi 3 hari baru nak mencecah masuk 3 bulan. wah..x sabar nak habiskan trimester pertama ni. ngeh3..x sabar nak makan macam2..moga2 alahan ni cepatlah menghilang dan tak berlanjutan sehingga ke akhir kandungan.Amin...

eheh..baru nak 3 bulan kan?tapi dah menggedik nak tau jantina baby. teringin sangat nak pergi scan. last pergi scan, masa kandungan nak masuk 8 minggu kalo x silap. masa tu Ya Allah, Tuhan je yang tahu macam mana perasaan mengetahui ada janin dalam perut.hahah... tapi masa tu lupa nak tanye doc pasal kandungan macam mana.location baby,betul ke x, degup jantung baby ok ke x...huhuhu..terlampau excited tgk my own baby for the first time la ni punye pasal.haha..tapi doc ckap sumenya xde masalah. sebab scan masa tu pun sebab bleeding sebelum ni..

next week,after meeting kat sekolah,nak pergi for the 2nd chek up di klinik.nak mintak scan la,boley??hehe..nak tau tahap kesihatan baby.takut and berdebar jgak..sebab kadang-kadang tu perut rasa macam kecik je..risau dengan tahap tumbesaran baby.. -''-

okeh..walaupun kalo nak scan memang xkan tau lagi jantina baby, sekarang nak main teka2 la dulu jantina..haha..jom!

Tanda akan mendapat bayi lelaki:-


  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala


Tanda akan mendapat bayi perempuan:-

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

hahah...yang di boldkan kaler merah tu petanda sendiri.. nampaknya masih sama banyak simptom yang dialami.so x bleh lagi nak teka jantina baby.. sabar dulu ye mama. :) masih awal lagi..doakan kandungan selamat dan sihat.amin...

Sunday 16 December 2012

alahan mengandung ke??

Sakit kepala menyerang lagi...sakit teramat.
tambah menderita when i have to stay at school,doing nothing!
and untuk pergi jumpa dengan pengetua nak minta kerja, i wont do that.serik! last week,went to see her,to submit the folio,but it was totally a tragedy!
malas nk sebut lagi..just hope for the best.

truly deep in my heart, rasa agak sedih memandangkan memilih karier sebagai guru is the one that i chosed since i small. tak pernah terfikir nak kerja lain selain daripada nak jadi seorang guru. so when this is happened, rasa sangat kecewa. when i woke up everyday, terfikir kena pergi sekolah setiap hari( utk sepanjang cuti akhir tahun ni), i feel so horrible..

i dont like the school.. specifically, with the barisan pentadbiran. and the school system itself. the students and the fellow teachers are all okay. mereka memang langsung xde masalah.. oohh...macam ne ni???

and i really hope, for the next year, when the school re-open, kalau la diri ini memang ditakdirkan untuk berada di sekolah ni lagi, di bawah pemerintahan 'beliau' itu, aku amat berharap yang diri ini mampu lebih berfikiran positif.mampu utk menjadi seorang guru yang lebih produktif. mampu bertahan dan mempertahankan diri daripada dibuli lagi..and mampu menerima 'beliau' sebagai ketua..

dan sekiranya aku ditakdirkan untuk tidak mampu berada dan bertahan di bawah penguasaan 'beliau', ya Allah, Kau pindahkanlah aku ke sekolah lain yang aku mampu bertahan di mana-mana sahaja di Pulau Pinang ini asalkan tidak berada jauh dari suamiku. sememangnya aku masih x mampu untuk berjauhan dengan suamiku lagi dalam keadaan berbadan dua macam ni..

akhir-akhir ni my sickness dah makin teruk..apa jua yang ku makan,pasti akan keluar balik..badan dah agak lemah.tapi cuba bertahan n cuba untuk happy2 demi baby ni.. Ya Allah, Kau selamatkanlah bayiku ini. Berikanlah dia kesempurnaan akal,fizikal dan iman. Murahkan lah rezekinya ya Tuhanku.. Aminn.. itulah doakan setiap kali selepas solat.. tapi sickness yang ku hadapi kini bukannya mcm orang lain, di waktu pagi. tapi aku hanya akan start lembik apabila menjelang tengah hari membawa ke maghrib n ke malam..

bila nak makan, memang mampu telan sikit sangat.selebihnya mesti la encik hubby yang wajib habiskan.. :)
aku dah semakin kurus, tapi si dia semakin risaukan berat badannya. bertahan ye abang!! insyaAllah alahan ini akan berakhir dalam ebih kurang 2 minggu lebih je lagi.. sekarang kalo nak keluar jalan-jalan pun aku dah x larat, asyik nak muntah je.. keluar makan ke kedai, aku x mampu menahan bau makanan.end up,aku tunggu saja dalam kereta ataupun si dia keluar sorang2 untuk belikan makanan.. uuuu....terharu. sebenarnya rasa sangat bersalah apabila kebanyakan kerja rumah, memang dia sorang je yang lakukan. umm...semoga alahan ni berlalu dengan cepat. Aminn...

ohh ye. aku kena terus bersemangat untuk suamiku and baby kecilku ini.. ^^

Thursday 29 November 2012

week 8 of worries

Bismillahirahmanirrahim...

okay..kali ni saya nak ucapkan syukur yang teramat sangat pada Allah kerana masih mengekalkan kandungan ni. Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Since last week,starting from Thursday, I started to bleed.. agak risau. ni sebab my first bleeding since pregnant. it's all started after I took such a long journey with my family. (Untuk kenduri sebelah pengantin lelaki yang dibuat di Langkawi). before this, i never had any problems with the long journey. tapi kali ni terasa sangat penat,lenguh and nak muntah segala..mula-mula nak diamkan.tapi dah termenangis la plak..huhu.. then all my families know..


lepas tu berlangsung la kenduri yang meriah di sana. i supposed to be the happiest person on that day. tapi sebab muntah2 pagi tu, pening kepala sewaktu majlis, baju yang dah terasa semakin ketat (Ops!)...menyebabkan saya terasa agak blur sepanjang majlis berlangsung..huhuhu.. and surprisingly, my parent in law gave us official photographer and deejay to cheer our big day! haha..

okay..we stop about the 'kenduri' , pastu me and my hubby bertolak ke Penang untuk menyambung tugas. see??another long jouney..eventhough it only takes about 4 hours totally, but it was really another long day for me..-"-

haa...la ni chek nk citer kat Penang plak apa jadi (aik?dah tukar tune?)ngeh2...


after school me and my hubby pegi klinik untuk buat buku merah. (buku untuk ibu mengandung).. first pegi poliklinik di bayan baru, kena tolak. pegi la plak kat klinik di taman tun sardon.. diaorang pun tolak,suruh pergi buat buku kat klinik desa di sungai gelugor..adeih..dah mcam bola la plak..sabar...sabar...

sampai kat sana..memang misteri bile tengok keadaan klinik tu.tolak pintu,sunyi....(bunyi cengkerik)

jalan lagi...

miowww..... (cepat2 toleh)

ohhh..ade sekor kucing yang tengah tunggu kat meja mendaftar...

alamak..nurse kat sini dah kena sumpah jd kucing ker?(terfikir dalam hati)

pastu..tbe2... Hai! hehe..ada pun kak misi kat sini. Syukur Alhamdulillah... :)

okay..nak dipendekkan cerita.. kami pun meneruskan la pelbagai sesi checking.. (test darah, amik ukuran tinggi, berat badan, urine test, taklimat penyusuan bayi)..setelah sejam, segala sesi yang agak renyah tu pun tamat la..yay..akhirnya dapat la kami buku merah yang diidam-idamkan itu...

                                                                                   inilah buku merah saya!! ^^

keluar je dari klinik,terus cari encik hubby yang sedang menunggu di luar...eh??dia tengah buat apa tu?



haha...dia tengah melayan kucing yg jaga pendaftaran td rupanya..


okay...jom2 sambung citer..keesokkan harinya, saya diarahkan oleh kak misi semalam tu untuk ke klinik di taman tun sardon utk scan and amik darah utk pelbagai test..

kat sana,kena amik darah. 10ml kau...banyak tu...dah la x penah amik darah sebelum ni.nasib baik x pitam..eleh,berlagak macho je td.padahal nak tengok jarum pun x berani.encik hubby masa tu tunggu kat luar je..huhu. pastu kena panggil jumpa la ngan sorang doktor Indian. dy la yang buat checking segala tu.. and bermulalah episod memalukan and mencabar dalam hidupku apabila dia kata nk cek kat bawah tu apabila saya bgtau kat dia pasal bleeding yang dah terjadi since last week tu...huhuhu...

then,masa dia scan kat perut, dia kata dinding plasenta nampak tebal,mcam orang pregnant la. tapi dia kata kantung baby x berapa jelas..huhukhuk...masa tu Tuhan je tau perasaan. lebih terasa nak menangis apabila dia cakap terpaksa refer kat EMERGENCY GENERAL HOSPITAL PULAU PINANG dengan SEGERA!

lepas tu, my beloved superman hubby pun temankan la saya ke sekolah balik, informkan pada pihak sekolah,then terus kami bergegas ke GH.

huh..dengar je bunyi emergency...tapi kami terpaksa menunggu almost 3 hours to get to see the doctors!


sekali lagi doctor test2 perut.. pastu kena scan lagi sekali untuk tengok keadaan baby..mak aih...kali ni saya teramatlah gerun..ni bukan scan yang biasa2 punye tau..kali ni, kamera  dy yang bersaiz penumbuk and lengan baby berumur 5 6 hari tu,kena dimasukkan ke dalam rahim melalui kat bawah tu....Uuu...okay.x mau cerita lebih2..

after a few minutes di cek oleh doktor2 tu, (bukan sorang tau,tapi 4 orang!) malu toksah citer lagi la...,
akhirnya lega apabila doktor lee,pakar sakit puan kat hospital tu bgtau, yg my baby is healthy! Alhamdulillah.
dia terangkan yang bleeding tu just a threatened miscariage.so still kena berhati2 pasni..jgn duk lasak2 sangat..jaga pemakanan..cuba elakkan long journey after this... okay.. :) (alamak, kena balik kelantan next week untuk interview)
hummm..yg tu xmau fikir lagi...

okay..now to share happiness with uols,now presenting the very first picture of my strong baby!!!teng tereng teng teng!!!!

|

|
|
|
|
|
V

ehehe....my baby! our baby, abang! loves~~

Tuesday 13 November 2012

simptom mak buyong

alhamdulillah..dah masuk minggu ke-6 my pregnancy.
dah masuk phase loya-loya la kot.
sangat penat minggu ni..
sebab kena tahan loya nak muntah
and my swing mood
ohh..kesian my hubby..
sebab selalu penat-penat..nak buat kerja pun rasa x larat.
penat dia melayan semua yang isteri dia ni mengada-ngada..hehe

haa..this is the size of my baby currently..haaha..size dia baru 1/8 inchi..baby..mama dah x sabar nak jumpa!



and sekarang ni dah masuk cuti sekolah hujung tahun
and me?? sebagai guru interim kena stay di sekolah for the whole holidays.. :(
jiwa sangat memberontak.. huwaaa
tapi my hubby ada kat sini temankan..
sekolah dia tak suruh dia stay pun.heaven.
tapi dia stay jugak dengan keadaan wife mak buyong dia..hehe
ohh...love u.muahh..

eh??uols jgn tengok.tutup mata tau! bye!

Saturday 3 November 2012

preggy mommy?? ^^ eh?


Alhamdulillah...

test 3 hari lepas guna test pregnancy kit yang dibeli dari Watson.. result shows that i'm postively pregnant!! alhamdulillah again.. :)



  

                                  cepat-cepat amik gambar sebelum dibuang.hehhe..bukti nih



semalam pegi amik result medical check up daripada hospital Pulau Pinang, i double check dengan doc kat situ.. and....alhamdulillah.. the result says that i'm weakly positive pregnant.patut la garis merah yang satu lagi tu agak kabur2.. baru dua bulan seminggu kawin..hehhe..rezeki cepat ni..and 3 weeks from now ada majlis sambut menantu di Langkawi..hope masa tu  xde la symptom awal pregnant ni as in muntah2 dengan teruk..(please...please..) huhu

and the most very the happiest person mestilah my hubby!! haha....terasa macam over disayangi and diambil berat dah..okey,fine..sume pun dah bleh nak buat kerja berat2..x bleh penat2.. sebab our baby still x kuat..doc cakap sila datang cek lagi kat hospital in two weeks time.. hehehe...doakan semuanya selamat. InsyaAllah..

Friday 2 November 2012

Married life


yes! i am married!! hehhee...x sempat nak bercerita kat blog since dah kahwin ni.
dah 2 bulan seminggu 3 hari..haa,accurate gitu mengiranya..

ok peeps..meet my husband!! 


malam akad nikah (23ogos2012) ^^




majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan (24ogos2012)


Thursday 26 July 2012

preparation~~



Checklist utk kawin..(banyak ke nak kena buat?) uuu....alamak tinggal 28 hari je lagi. gelabah, gelabah,gelabah
1.       Kursus pra-perkahwinan  
2.       Tempah  mekap  
3.       Tempah baju akad nikah
4.       Beli tudung +veil (akad nikah +reception)
5.       Tempah pakej (pelamin+baju nikah+bilik tidur+meja makan beradap+mekap)
6.       Tempah barang goodie bag (x decide lagi)
7.       Tempah kad jemputan  
8.       Tempah khemah
9.       Beli barang hantaran
10.   Beli barang nak hias bekas hantaran
11.   Tempah catering
12.   Buat bekas hantaran
13.   Buat/beli  goodie bag ( org tua dan kanak-kanak)
14.   Sewa lapik hantaran
15.   Bunga tangan
16.   Bunga pahar+tempat cucuk
17.   Cari pengapit?hehhe √
18.   Hias bilik tidur?kot
19.   Barang meja makan beradap (VIP)
20.   Makanan meja makan beradap
21.   Tempah kek
22.   Plan Honeymoon?eheh…
23.   Tempah photographer
24.   Sewa lapik duduk bantal pengantin
25.   Bekas letak mas kawin and cincin pengantin
26.   Sewa homestay/hotel
27.   Spa di kedai/rumah
28.   HIV /Kesihatan test
29.   Memohon kebenaran majlis agama √
30.   Tempah tok kadi/ masjid
31.   Akan difikirkan lagi……. Ehem ehem…



Wednesday 4 July 2012

sama kacau kala merindu...

yups..praktikal dah abes..KPLI, done!..KISSM, done!...what left?? tgh tunggu nak convo next week..then tunggu dipanggil untuk interview SPP..pastu tunggu posting yang entah bila nak panggil..

sekarang buat pe kat umah??rasa nya tgh buat sesuatu yang sangat penting.. heehe..currently tengah sambung lesen kereta..menggemukkan pipi dan badan. sesambil tu tgh buat preparation for my big day!


--------> 23/24 AUGUST 2012 !!!!!

tarikh apa tu?? oh ye.lupa pulak..itu lah tarikh di mana saya akan di 'Puan'kan...ohoho.
i don't know how my preparation exactly goes...sangat pening n stress..rasa macam dah buat banyak perkara..tapi mcam x nampak sangat lagi hasilnya..oh, semoga Tuhan permudahkanlah urusan ku ini..

got problem mcm ne nak setelkan hal baju...and tinggal less than 50 days to go, yet saya still x decide nak buat hantaran sendiri or not..half of my healthy mind cakap,baik buat sendiri...jimat cost, and mesti la dapat kepuasannya..tapi..another half cakap,mampu ker??reti ker??cantik ker?? adooooiii....

umm..sometimes i feel so scared,fikirkan masa yang tinggal sebagai bujang dah x lama..tu la..saje2 je buat muka happy..the real inside me sebenarnye sangat lah takut..my jantung if only people can see, sangat la kecut n makin kecik...huhuhuhu...

orait..ok2..saya mengaku!! tipula kan kalo orang cakap x happy dah dekat nak kawen ni..yes,i think i am the happiest girl at the moment. He's the one that i choose to be my 'Imam'.. InsyaAllah, he's my mr Right! =)
Doakan everything goes smoothly as planned... I know Allah will always be by my side.. and of course my family especially my parents!  I can see how they really excited nak menimang their youngest menantu! eh2, bukan menimang, menyambut! hehehe.. okeh..nanti la sambung..gambar? nanti2 la ye...  =)

Saturday 21 April 2012

guru praktikal



oh yeah...dah lama x update.
sekarang saya tengah jadi guru praktikal kat SMK Bandar Tasek Mutiara di seberang perai, Penang..dah nak masuk week 9 pun. and masa praktikal hanyalah selama 10 minggu. so, it's less than 2 weeks from now,then, i 'll be complete my practical..hope everything will be as planned and my result will be the best for me. InsyaAllah..





lots of new things i learned throughout the practical term..and x sempat nak share everything kat sini. starting from week 1-until present, saya diWAJIBkan menulis jurnal.. so, insyaAllah saya akan sharekan my jurnal di blog ni after i finish my practical.hehehe....

okeh..tu je..sekarang ni maybe dah kurang sket busy nye..tapi still kena prepare for my final observation with my lecturer and guru pembimbing(pengetua)hohoo...seram though..okey..thats all..till then.pappai!! ^^