Metro yg bergerak laju langsung tidak dihiraukan..tanganya tegar menadah kpda sesiapa sahaja yg dirapatinya..dlam beratus manusia di dalam komuter itu hanya seorang dua yg meletakkan duit syiling beberapa sen ke dlm telapak tangannya..
Nyanyian wanita tua itu sangat merenggut ketenangan hatinya.. Masakan wanita setua itu tidak dihiraukan. Sebagai manusia asing di situ, Farisya takut. Takut untk membuka dompet di depan org ramai di dlam metro yang terkenal dgan penyeluk saku dan beg duit..Bahkan mungkin dipukau... Dirinya hanya mampu melihat dari jauh tanpa dpat menolong.. Kerasnya hati manusia..
Sepanjang perjalanannya di Bumi Andalusia itu, itulah pertama kali hatinya menjadi sayu.. hampir menitik air matanya.. hatinya teringatkan ibu ayah di Malaysia.. Sudah lama dia tinggalkan untuk datang menuntut ilmu di negara orang.. Bahkan cuti semester yang hampir sebulan itu juga, dia menghabiskan masa untuk berjalan menambah pengalaman di negara eropah yang lain. ohh..terasa sungguh rindu pada keluarga di rumah..
No comments:
Post a Comment