i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday 17 February 2013

5 bulan!!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah...dah hampir separuh perjalanan..macam x terasa dah masuk 5 bulan kandungan aku ni.perut pun mula dah nak tunjukkan size membulatnya itu.hehe..
sepanjang 5 bulan ni, banyak sangat alahan yang aku sempat merasa. semalam anam ada tanya, mesti aku dah serikkan nak pregnant lagi lepas ni?haha...for the moment, i said, memang la! tapi once dah tgk baby nanti,mesti teringin nak tambah lagi.haha..very ambitious. tapi bila anam mintak nak 10 orang boleh x?aku tetiber rasa nak pengsan.. -''-

okay, sepanjang 5 bulan ni, masa aku mencecah 4 bulan lebih, dah 3 kali aku merasakan sakit kat dalam perut yang teramat. teramat tau..

masa first, masa 18 weeks.. pagi tu aku telan la obimin pluz ngan epal je. tapi epal tu aku p mengada2 tambah asam serbuk tu..adoi..dengan perut kosong lg masa tu. memang lar memulas n menyucuk .lama sangat perasaan tu bila dah mencecah dekat 2 jam. masa tu sakit perut yang sampai buat aku nk pitam,menyucuk kat pinggang,kat perut..nasib baik la masa tu ari sabtu, xyah p sekolah.kalo kena kat sekolah,memang xtau nk imagine macam mana rupa aku.hehe... then, kami decide la nak ke klinik swasta je. aku n anam ke klinik syifa yang ada kat simpang sebelum taman tun sardon tu. and lepas doc check, dy kata tersalah makan je tu.kami lega teramat..dah alang-alang datang klinik tu, kami mintak la nak scan sekali.teringin yang teramat nak tau keadaan baby. dulu masa first time scan baby masa bleeding.lepas tu x pnah scan langsung.. anam pun ada masa tu. kebetulan masa di scan, baby kami bergerak-gerak dah.yay yay...alhamdulillah doc cakap baby sehat. keadaan uri, air ketuban semuanya ok.just kedudukan baby masih songsang, which is kepala kat atas,kaki kat bawah..tapi for the moment, masih normal.nanti dah tambah bulan nanti, baby akan pusing balik.. masa tu kami happy sangat boleh tengok degup jantung dia yang sangat comel..kaki dia dah bergerak-gerak menendang halus..tangan dia dengan gaya nak menghisap jari..hehehe...

ni la gambar baby kami..hehe..dah nampak kepala n tulang belakang dia.. ^^

lepas balik klinik,terus dah rasa lega sikit sakit kat perut tu..hehe..sempat lagi pi jalan kat bukit jambul.ngeh3..

then, nak cerita masa yang 2nd attack plak. 2nd attack berlaku masa aku balik kampung. pagi tu, aku dengan x makan pape lagi,terus diserang sakit perut yang teramat.rasanya sebab salah makan lagi kot.huhu..biasa la.balik kampung jarang-jarang.bila dapat peluang balik bercuti untuk seminggu, aku terus amik peluang untuk menikmati segala jenis makanan.heaven woo...best giler,balik asyik makan je..berat aku dah bertambah lagi.hehe..dah jadi 48 kg!! new achievement i can said.. *angkat-angkat kening* ^^
ohh lupa.tengah bercerita tentang sakit perut kan..masa tu aku asyik berulang ke tandas.ada la dalam 3 4 kali pagi tu untuk jangka masa kurang sejam. masa kat tandas, langsung x kuar pape(eew...x senonoh nak citer)..tapi itula realitynye..sangat terseksa. masa tu aku dh rasa nak pengsan kat dalam tandas.terpikir sakit nak bersalin lagi teruk dari ni ke??ini pun dah sakit yang teramat..aku dah menggigil,and kepala dah jadi sakit sangat.pinggang n perut memang la dah terlebih menyucuk..nasib baik,kuar tandas tu,anam dah tolong letak minyak angin kat belakang, baru rasa lega sikit..hehe..i love my hubby!!
(p/s: lepas dah lega sakit perut tu,sempat lagi aku g makan nasi berlauk mail yang super sedap abah g beli untuk breakfast.hehe..banya lak tu.ops)

and,the third attack happened yesterday..or should i say, since the day before yesterday?masa tu aku baru balik dari kedah.atas tujuan perhimpunan guru muda 1 malaysia. anam ajak aku g makan char kuew tiow n air nyior kat tepi pantai dekat queensbay tu.. memang nikmat la..sedap oo.tapi yang x best,bila nak meneruskan suapan char kuew tiow yang terakhir, perut aku dah start memulas,aku terus ajak anam balik. tapi,bila dah lelok duk dalam keta, perut dah ok balik.bagitau kat anam, dia cakap bagus la tu.jom kita jalan-jalan,pusing balik pulau plak?erk??
haha...untuk menggembirakan suami,aku ikutkan je la..ingatkan dekat je spesis balik pulau ni.rupanya agak jauh la.dengan jalan yang mengalahkan nak naik ke cameron higland lagi..naik bukit tinggi,ngn jalan yang pusing-pusing..sesungguhnya bile dah turun aku dah start pening loya nak muntah and start memulas perut balik dah.haha..padan muka.kami terus balik rumah..

untuk ari tu je(sabtu) aku dah sakit perut 4 kali.and ahad plak, aku sakit perut berkali-kali..haha..maunya x,kalo dah lebih 10 kali aku asyik duk memulas and asyik duk kuar masuk tandas je..aku rasa dah lembik.kalo pegi klinik kerajaan confirm2 kena masukkan air dah ni..hehe.yola.malam sebelum tu aku dah xl alu nak makan..muntah dengan banyak plak tu.dengan suhu badan dah naik, kepala dah terasa berat sangat,aku tdo awal..tapi sepanjang malam aku asyik terjaga dan kepala terasa sangat berat.badan still panas.dalam hati asyik duk berdoa je ngan Tuhan supaya ni semua x memudaratkan baby..

ptg ahad tu,lepas dah minum teh kelat pun x berjaya, aku decide ke klinik swasta aje.kali ni kami ke Klinik Aman..dekat jugak dengan taman tun sardon tu. and doc bagi ubat tahan cirit n mutah..dia cakap nasib baik dah x demam.aku pun dah mampu untuk berpeluh..and the best thing is,dia bagi aku mc..haha..inilah sebabnya, Isnin, 18feb..hari yang aku sepatutnya aku memulakan sekolah balik lepas bercuti selama seminggu aku berada di bilik je..x pegi sekolah..sempat lagi update blog.sebab dah bosan,bila anam dah pergi sekolah.hee.. yay,sambung cuti lagi sehari.boleh la aku siapkan keja pbs yang tergendala sejak cuti ari tu.. *senyum ada makna* hehe..

wassalam...