i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday 29 December 2011

kesudahan nya...


Berakhir sudah cte tentang dhia ni..awal2 cte, mcam2 aku dgr komen tentang penonton (i.e. rakan sekeliling). ramai yg ckp x best ah, cte ni mcm nak tiru citer nur kasih.. apa kes, dhia tu bajet gadis kampung, tp make-up,mak aih, tebal 2 inchi, cte dhia ni patutnya ditukar jadi cte tentang melly la...itula antaranye..hehe. untuk informasi, melly tu salah satu watak yang ending sangat baik untuk dia walaupun dy dulu jahatnya mengalahkan anak setan.(ops,sorry harsh word)..segalanya dy penah buat, anak derhaka, berzina, rampas tunang n kekasih org(dhia), mengedar dadah, menipu, mempermainkan agama, termasuklah jgk derhaka pd mak angkatnya.

dhia pulak seorang watak yg teraniaya..ramai peminat lelaki yang cintakannya (standard la kan bg heroin sesebuah cte?), x disukai oleh keluarga mentua sehingga satu keluarganya disantau (haha,ini lawak)..tp yg sedih, bila ayahnya meninggal sbb disantau dgn teruk, her mum meninggal sewaktu tidur ditemaninya..and ending, dhia meninggal akibat kanser pangkal rahim...and her husband zikir (adi putra) lak meninggal due to stroke sewaktu tdo peluk mayat dhia.. :'(

aku ni sebagi peminat setia cte tentang dhia ni haruslah minat watak ku salmi iaitu mak zikir (i.e. ibu mertua dhia) jahat dalam iman la mak cik ni kiranya..haha..tp yg x best bile x tau ending pd watak ni.ramai yg tertanya-tanya apa yg jadi pd watak ini.adoii...pk sndri la gamaknya..




tapi, kat sini aku x nk la cte panjang lebar sgt tentang cte tentang dhia ni..nk tahu lanjut tgk sini----> tentang dhia

yg aku nk cte, disebabkan excited giler nk tgk ending cter nih, aku dh terlewat untuk mandi ptg..pastu dah la tgh maghrib, aku tergelincir n jatuh plak dalam toilet kat umah.lantai yg licin,or selipar yg licin, or ditolak jin, mana satu pun aku x sure.nk dijadikan cter, masa jatuh tu kaki aku 'tersentuh' la salur paip yg ade bawah sinki tu plak pecah.abes tersembur air then basah abes baju ku,dh la dalam kalut2 tu, my engagement ring plak nyaris jatuh melorot dr jari nk nk tergolek2 jatuh ke lubang tandas (separuh nafsku nk ilang rasanya) xleh imagine kalo betul jadi.. dah la sakit plus terkejut, kena marah plak dgn my mum, God knows how i feel at that time.umm..ending cter ku mlm tu, aku tdo berendam air mata sedih ngn cte dhia and sedih jgk dgn cter aku sendiri..sakit kat situ, kat belakang..kaki n tapak tgn..my fiance call tanya nape nk tdo awal, dalam malu-malu ckp la jgk tdo awal sbb sakit..awal oo tdo,kul 9.30 mlm lg dh tdo tu.(x penah2 sebelum ni selagi jam x tunjuk kul 1 pg)..huhuhuhu...

Saturday 17 December 2011

rahsiakan pertunangan....

ini just terasa nak tulis balik apa yang dikongsi oleh si dia kepada saya pada hari ini..

RAHSIA PERTUNANGAN

Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.

Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

petikan ini diambil dari sini ---> http://saifulislam.com/?p=1269&fb_source=message


terasa diri ini memang banyak kekurangan.namun teringin sekali untuk berubah ke arah yang lebih baik,sedang mencuba..=)

memang benar, alam pertunangan lebih banyak dugaan berbanding dengan alam percintaan biasa. di sini, walaupun mungkin ramai yang dah agak2 sudah maklum tentang sesuatu hubungan itu, namun jika tiada sebarang pengakuan atau perbuatan yang mengiyakannya, diharap segalanya masih tersimpan..diharap dengan dirahsiakn, perhubungan sesuatu pertungan itu akan lebih terjaga.

Yang selalu ingat pesanan si dia,
"diharap hubungan ini tidak sama dengan pasangan lain yang masih tidak halal hubungannya."

=)

Ya Allah,jagalah hatiku..dan juga jagalah hatinya..Aminn..

Saturday 10 December 2011

persediaan sebelum hari 'itu'


ohh...post ini sepatutnya dibuat sebelum majlis..tetapi disebabkan ketidak sempatan dan kesibukan yang melampau (hey..ayat macam ada kurang betul je?hehhe...), maka post ini tertangguh. ada gak yang cakap, berani lak nak post gambar2 and bercerita tentang ni kat blog, sedangkan bajet nak berahsia je??ohh..ini lebih kurang memandangkan permintaan sahabat dan famili terdekat yang berhajat nak tengok gambar (konon x puas tengok gambar sekeping yang terpost oleh my dearie sister kat facebook!)..haha..x pasal dah bocor..saje je kan kak??!! ><
lagipun,x ramai yang tahu kewujudan blog ni, so kira 'selamat' la kan??hihihi...(gelak seram)

ni persiapan hantaran yang dibuat..hehe..almost 90percent hantaran ni dibuat sendiri tau!x caye??haha...percayalah.....!!

mula membalut polisterin untuk lapik hantaran(ceh,tangan sibuk nak masuk gambar jgk!) wink!


ini pulak bakul2 yg dibeli untuk memudahkan kerja buat hantaran..



hehhe...struggle tu nak siapkan sekeping..make sure buat dengan tegang tu tau..pheww...


jeng..jeng jeng....heh..siap 4 lagi!


haa....itula bunganye..kalo leh nampak,tema kaler pink and purple lembut


bunga-bungaan yang diguna..bajet nak buat english style.haha.padahal x reti nak design..blergh.


ehe..testing letak atas par..uisyh..cam lawa kan? (mode perasan terlebey!) =p


heheh...dua dah siap..cuma tunggu nak letak barang je..

orait..setakat tu dulu..fully barang-barang hantaran yang sudah siap di design, akan di tunjukkan dalam next post..adios!!

~~~~spread the loves to the world~~~~

Monday 5 December 2011

hari bahagia =)




saat cincin disarung ke jari manis

3 Disember 2011...

yup..itulah tarikh istimewa buat kami...terima kasih buat semua yg terlibat. terutama sekali, ma abah yang banyak menyumbang kewangan,tenaga dan masa...kak ani n abg helmi yang banyak tolong sebab adik xdop transport nak pegi beli brg2 sume..kak ziey n abg agus yang banyak tolong dari segi decoration, flowers...kak long n family, bab masak2 di dapur dengan mak2 sedara yang lain...and x lupa jgk buat abg din n kak ana, kalo xdop dyorng,xdela gambar2 yg di'snap' pd hari tu... =)..buat tetamu-tetamu yang datang..thanx tikah,qilot, haney and quyah yang datang awal n tolong siapkan decoration hantaran kek,,hehe..time kacih banyak2..=) paling penting, thanx pada keluarga dan rombongan dari si dia yang sanggup datang dari jauh untuk majlis kali ini..thanx pada si dia yang sudi terima diri yang banyak kekurangan ni.. semoga pertunangan ini mendapat keberkatan dan dijaga perhubungan ini sehingga ke tahap seterusnya.. Aminn..


bersamanya~~~ =)



keluarga dua belah pihak~~



hantaran dr pihak perempuan

hantaran dari pihak lelaki


dengan abang~~~tq!!

hehe...hanya tu je gambar yang mampu dikongsi kali ni..thanx pada semua ahli keluarga dan saudara-mara yang datang memeriahkan majlis ni. walaupun hanyalah sebuah majlis ringkas sederhana, diharap agar semua yang hadir berpuas hati..maaf atas segala kekurangan dr pihak kami..

thanks to all~~~~ <3

Thursday 1 December 2011

debaran...

yup.debaran menantikan hari esok...

kenapa?iye..seperti bunga yang mekar berkembang!

esok..bermula sesuatu yg baru..happy+excited+nervous!!

semoga Allah permudahkan segalanya... :)

persiapan dah 85percent siap...:)

ape lagi x siap?heehee....ade la lg sket2..

hey hey hey...apa yg bakal jadi esok ni farhanah?

RAHSIA!!! heheehh...(gelak tahap malu2 kucing)..daa!