i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday 31 January 2010

renungan sendiri..


    Nabi Muhammad SAW pernah berkata dalam satu hadis,"sebaik-baik perempuan adalah perempuan yang boleh menunggang unta."

     Ini adalah sebagai perumpamaan agar wanita dalam rumah tangga haruslah cergas,pantas dan berkaliber.Juga perlulah mempunyai mandiri yang tinggi dan berfikiran luas. Ini kerana untuk menundukkan seekor unta bagi kudrat seorang wanita bukanlah suatu kerja yang senang.oleh itu,wanita yang lemah sememangnya tidak boleh menunggang unta..:)

  renung-renuungkan....(oleh itu,jangan terlalu manja,ok?)..

Saturday 9 January 2010

2 hari menjelang exam

saya sangat mengantuk dan penat dah..struggle for the exam.
ingat,saya tak boleh give up.mimpi semalam mungkin petanda supaya diriku menambah usaha lagi untuk menghadapi exam..

umm..mimpi buruk membawa alamat yang x baik ke?betul ke orang cakap supaya meludah ke kiri sebaik teringat mimpi buruk itu agar tidak betul2 menjadi kenyataan?adakah perlu untuk membalikkan bantal yang digunakan agar mimpi itu tidak berulang?
ma cakap,banyakkan selawat..lupakan mimpi itu,jangan diceritakan..
aku jadi susah hati..harap-harap itu sekadar mainan tidur..ya Allah,berikan aku kekuatan rohani dan fizikal untuk menghadapi ini..akahir-akhir ini aku jadi lebih bnyak berfikir,bertambah sensitif..entahlah.mungkin perubahan cuaca di sini bnyak mempengaruh..



(gambar sewaktu snow baru turun pada hari kedua)

lihat ke luar tingkap,Subhanallah..cantik sekali hamparan putih kapas-kapas salji yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk cair lagi.ketebalan salji mencecah 6 inci di halaman rumah benar-benar mengujakan aku untuk bermain.namun,tanggungjawab sebagai pelajar yg nak exam membuatkan hatiku berat.

mungkin belum sampai masanya lagi..hhuuhu..ok lah.need to get back to work.bertahan la mata at least for the next few hours..

Tuesday 5 January 2010

ujian dan dugaan

Ada orang cakap wanita adalah ujian yang paling berat bagi seseorang lelaki.
Sesungguhnya aku tidak mahu memberikan ujian yang berat kepada lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku nanti..

Dengan izin Allah,semoga segalanya akan dipermudahkan,baik kepada dirinya dan juga diriku..



Setiap apa yang dilakukan adalah ibadah jika kena cara dan niatnya.InsyAllah.. :)

Monday 4 January 2010

makanan roh

Makanan roh untuk hari ini menjelang minggu peperiksaan..
Aku terpanggil untuk menonton drama bersiri cinta sempurna yg ditayangkan di astro ria sepanjang ramadhan tahun lepas. Jalan cerita yang menarik.isu keagamaan,famili,dan juga tentang hubungan sesama manusia.

Manusia cuma akan menyedari akan sesuatu apabila dia mula berfikir. Akal membezakan manusia dengan haiwan. Manusia yang tidak mempunyai arah tuju dalam hidup adalah sia-sia. Tidak mempunyai matlamat atau 'goal' untuk dicapai dalam hidupnya. Dan matlamat kita di muka bumi ini adalah sebagai hamba kepada Allah dan juga sebagai khalifah.

Dengan mempunyai tujuan,dengan mudahnya kita boleh menentukan perancangan untuk mencapai matlamat itu..hidup sentiasa memerlukan kita untuk berfikir.
Confucius pernah berkata,"Learning without thinking is useless;and thinking without learning is dangerous."

Think smart to lead your life into the true path..hanya tinggal 8 hari lagi sebelum exam bermula..aku harap exam kali ini akan berjalan dengan lancar...Jia you,Farhanah!!!!you can do it!!..

Autumn term exam timetable,2nd year maths university of York,UK.

TUESDAY 12/01/10 - VECTOR CALCULUS I
WEDNESDAY 13/01/10 - NEWTONIAN MECHANICS
THURSDAY 14/01/10 - LINEAR ALGEBRA
FRIDAY 15/01/10 - STATISTICAL THEORY I
SATURDAY 16/01/10 - INTRODUCTION TO NUMBER THEORY

InsyaAllah..semoga berjaya semuanya..