i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, 17 December 2011

rahsiakan pertunangan....

ini just terasa nak tulis balik apa yang dikongsi oleh si dia kepada saya pada hari ini..

RAHSIA PERTUNANGAN

Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.

Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

petikan ini diambil dari sini ---> http://saifulislam.com/?p=1269&fb_source=message


terasa diri ini memang banyak kekurangan.namun teringin sekali untuk berubah ke arah yang lebih baik,sedang mencuba..=)

memang benar, alam pertunangan lebih banyak dugaan berbanding dengan alam percintaan biasa. di sini, walaupun mungkin ramai yang dah agak2 sudah maklum tentang sesuatu hubungan itu, namun jika tiada sebarang pengakuan atau perbuatan yang mengiyakannya, diharap segalanya masih tersimpan..diharap dengan dirahsiakn, perhubungan sesuatu pertungan itu akan lebih terjaga.

Yang selalu ingat pesanan si dia,
"diharap hubungan ini tidak sama dengan pasangan lain yang masih tidak halal hubungannya."

=)

Ya Allah,jagalah hatiku..dan juga jagalah hatinya..Aminn..

No comments: