i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, 31 December 2015

Kelahiran putera keduaku..

Assalamualaikum w.b.t..

Warning : ini post yg panjang
18 December 2015 (jumaat)

2 minggu sebelum due date kelahiran baby.. baby dijangka lahir pd 1 jan 2016.. pg jumaat tu kami bersiap utk balik ke kg.. saje guna cuti rehat khas sbb dh nak abes tahun katakan..hehe.. sabtu abg balik kedah utk tukar keta..balik ke pasir puteh ptg tu jgk.. ahad abg balik semula ke gambang...haih..kesian abg penat..

Sepanjang duk umah berehat rehat tunggu nk bersalin, tiap2 ari tertanya2..suspen bila la baby nak kuar..xde tanda langsung.braxton hicks pun takde.. maybe sbb selalu pujuk baby supaya keluar time abah dah ada kat klate ye.kalau tak, susah jgk...huhu.. dengan dilema nk bersalin di hospital mna pun xtau lagi.. sebenarnya my first choice was always kbmc.. tetapi, bila i was confirmed as gbs positive carrier, maka sangatlah keberatan nk bersalin di hospital swasta.. masa mula2 dpt tau risiko kelahiran dgn ibu gbs positif pun dah sangt2 down..risau takut baby kena infections..nauzubillah.. and risiko baby kena warded pun sgt tinggi utk pemantauan selepas diberikan antibiotik pd baby sebaik kelahiran.

23 December 2015 (rabu)

Abang balik ke pasir puteh sempena cuti maulidur rasul khamis esoknya dan christmast jumaat..sambung ngn weekend,panjang sikit la cuti... hehe...ptg lpas punch card tu, abg terus pecut balik..tukar baju pun kat pejabat je..haih..x menyempat.xpela..target nak bagi lepas lpt (lebuh raya pantai timur) tu sebelum maghrib katanya.. sampai je abg malam tu kat umah, terus rasa lega..sambung pujuk baby kuar sebelum abah dia kena balik gambang semula ahad nanti..
Surprisingly, mlm tu around pukul 12 mlm, pinggang sakit2 dan start rasa menyucuk balik.. Ana just aware je la..kira selang masa kot2 tu contraction..tp dlm kul 1 pg camtu dah stop.heh, so sambung tidur je la.. esok ada plan.😝

24 December 2015 (khamis)

Bangun pg je, lepas solat subuh Ana terus ke dapur cari minyak selusuh, telan sesudu besar.. oh,btw Ana dah start telan minyak ni masa balik jumaat minggu lepas lagi.masa kandungan 37weeks.. sebelum ni takmau telan awal2 sebab takut terbersalin awal since mak bidan tukang urut sebelum ni cakap baby dah terlalu rendah and dah boleh bersalin.masa tu baru 35 weeks kot..haha..seram i..Plus info,minyak ni x dibeli dari kedai, Ana dapatkan minyak ni dari mak tok.nenek abang yg kat kedah tu..dia la yg buatkan.. Tapi kalau uols nak, banyak je yg dah jual ready made kat kedai sekarang ni.

Plan nak ajak abang jalan2 sekitar pasir puteh je la ari ni..jalan2 cari makan katanya..and plan nak ke kb hari sabtu nanti. Tapi tiba2 abang cakap jom la ke kb terus..jalan2 sambil dia nak survey harga for his new printer. Alasannya sabtu nanti abang din sekeluarga nak balik ke kg, so macam x sesuai lak kami nak kuar jalan2.. sebagai isteri solehah, Ana pun setuju je la.heheee....

Dah lama rasanya x kuar ke shopping mall sejak Ana mula sakit2 menyucuk di bahagian ari2 since 32 weeks..jalan sikit mula la rasa sengal n kebas kaki.. tapi peliknya masa jalan2 di kb mall hari tu, macam x penat langsung.. seronok je jalan2 dengan adleena pun sangat behave walaupun kami x bawak stroller dia.. abang memang dah stand by dengan carrier just in case kalau dia buat perangai uncontrollable dia tu..ahaks. maka ari tu sempat la makan cone pizza sekali lg sebelum pantang, minum my faveret matcha green tea japanese red bean dari Chatime, makan kfc (semput sedut air pepsi lg)..hee.. yang lain window shopping je la..lebih pada makan apa yang teringin je..  masa on the way balik, melilau lagi cari ayaq nyior..best2.abang pun macam tau2 je..layan je apa yang wife dia ni terasa nak makan atau minum..

Balik umah dah ptg.. sempat la rehat jap..then kakak panggil minum ayaq nyior lg.fresh dr pokok..abg ipar baru kait dr pokok sebelah umah..yg ni lg pure rasa dia..haha.. Ana pun menyedut la dengan sesungguh hati..tp petang tu dah rasa lain macam jugak sebenarnya..rasa macam perut dah 'jatuh' dan berat kat pinggang.. so terpaksa la batalkan niat nak ajak abang g zaleha plak petang tu.baru ingat nak g cari tudung nak pakai masa bersalin nanti..haha..ngade kan, nak bersalin pun nak pakai tudung baru.. end up,petang tu kami just jalan2 amik angin petang kat depan rumah je.layan adleena nak main pasir katanya..

Start kul 7, masa dok layan drama Akulah Balqis tu, datang balik dah rasa menyucuk2 tu.. Ana pun wat lek je la..kata dah biasa.haha.. so layankan aje la sakit sikit2 tu sambil tgk drama.. sambil2 tu jeling jugak la jam,kot2 dah ada selang masa tetap, maka contraction le tu.. tapi bila perasan macam x tetap, Ana buat xtau je la..

Dalam kul 8.30 mlm masa dinner jadi lg sekali menyucuk tu. masih makan malam dengan berselera..hahaha..sedap oii kakak Ana masak. Ana sendiri x masak dah..x larat dengan perut yang tunggu nak meletop tu.. sempat la jgk gurau2 dengan diaorang bila la baby ni nak kuar. Pastu time basuh pinggan mangkuk, baby menyucuk dengan sangat kuat sampai rasa longgar sendi kaki (over x?) eh, eh..?? Lain macam ler plak..masa tu dah x sedap hati, napa banyak kali plak nak menyucuk malam ni.. bincang ngan abang, abang suggest try call kbmc nak tau doc haira leh masuk x malam ni nak cek kot2 dah ada opening ke.. mana la tau kot2 dah nak bersalin..ni kami decide nak call dulu sebab doc haira tgh bercuti masa tu.. surprisingly, pihak hospital bgtau suruh datang je sebab doc haira setuju nak masuk kejap..

Ana pun start la jugak gelabah sikit2..sebab barang nak g bersalin macam x abes packing lagi.haha...tapi abang dah gelabah banyak.. Ana yg macam dah boleh control sakit menyucuk tu terus g mandi jap then solat isyak dulu.. hehe..bersihkan badan la..kang jadi pape, takde la busuk sangat. Lepas solat, g bagitau ma yang Ana dah rasa macam sakit perut gitu.. ma terus bacakan doa sikit2 sambil usap perut pujuk baby supaya keluar mlm tu dan doakan baby selamat. Sebelum kuar rumah, ma sediakan air milo campur telur mentah untuk diminum selain Ana telan sekali lagi sesudu minyak selusuh. Sedih la plak time duk mintak maaf dgn ma abah,kakak n family lain tu.. paling sedih masa nak tinggalkan Adleena. Punya la dia menangis sakan sebab nak ikut. Tapi apakan daya..hukhukk..mama pun sebak dah ni.

10.00pm
Kami bertolak ke kbmc.. masa tu dah x sakit pape pun.. mula la Ana keberatan nak g hospital.. in fact sepanjang perjalanan tu hanya sekali je rasa perut mengeras yang sangat mild.. terasa malu la pulak nak g hospital sebab karang doc ckp xde opening lagi nih..ntah2 baby saje je acah2 bagi mama bersedia bila dia nak kuar nanti. Sempat la Ana ajak abang patah balik masa kami dah halfway nak sampai hospital tu, tapi kena marah ler plak.haha..padan muka.

10.50pm
Kami sampai d kbmc.. dekat sejam la jgk perjalanan dr pasir puteh ke kbmc nih.. lepas daftar, nurse ukur berat badan,pastu dia ajak naik ke tingkat atas..ingatkan nak bawak g masuk bilik doc dulu, cek ada opening ke x,mintak nasihat tgk mcm mana ke dulu tapi nurse tadi terus directkan Ana je labour room. Eh, eh...dah la x rasa sakit langsung dah.. pelik oo perasaan terus masuk labour room nih. Duk kejap dia bagi baju hospital suruh tukar dan baring sementara tunggu dia nak cek opening. Masa tu perut dah kena pasang alat ctg dah sbb nak monitor pergerakan dan jantung baby. Punye la ngilu masa kena cek tu, pastu siap cakap ok awak dah boleh bersalin dah mlm ni. Suami sila keluarkan barang2 baby ye bagi pd kami..hek?? seriously? Then Ana tanya la, betul ke ni? Dah ada opening ke? Brapa cm? sekali dia cakap dah 7 cm, terkejut and x caya jgk la masa tu. Time dia cek opening tu dlm pukul 11.30 mlm..  haih..so kena tunggu la sampai fully opening xtau jam berapa..ana dah start ngantuk sbb sepanjang menunggu tu langsung x sakit pape.sekali dua je rasa perut mengeras.. masa tu download apps al quran, baca surah maryam sambil baring.sebelah tgn pegang tgn abang..hehe..kesian abg, dy pun tunggu je la dgn duduk kat kerusi sebelah katil tu je.dalam pada tu dia pun baca jgk surah maryam supaya ana dipermudahkan bersalin.

12.25 pm
Nurse datang tanya macam mana keadaan, still sama x sakit pape lagi. Nurse datang tu dengan tujuan nak suntik antibiotik sebab Ana ni GBS positif..ni penting untuk elak kuman GBS tu affect pada baby nanti. Lagipun tu untuk bagi masa antibiotik tu berjalan ke seluruh badan dulu sebelum air ketuban dipecahkan.

12.50pm
Nurse dan doc haira datang cek keadaan lagi.. then diaorang decide nak pecahkan ketuban dah.. masa ni Ana dah start suspen sebab tahu lepas je air ketuban dipecahkan, Ana akan mula rasa sakit contraction yang lebih kuat dan kerap. yang pecahkan ketuban tu nurse je.. dia gunakan something yg macam stick plastik utk pecahkan.masa tu terus rasa cecair panas mengalir non stop..huhu.. dan contraction pun makin kuat dah..sakitnya time tu memang xleh nak cakap dah, baby pun terus gerak aktif cari jalan keluar.. automatik masa tu terus rasa berat sgt kat pinggang dan rasa macam nak berak..hehe.. ckap ngan diaorang Ana rasa nak push sangat2 dah..beberapa nurse lain terus masuk bilik join doc dah lepas tu..

1.00am
Alhamdulillah..dengan dua kali push, terasa baby meluncur keluar dan masa tu jgk baby terus nangis. Subhanallah.. lega teramat. doc angkat baby tanya gender baby pada Ana untuk pastikan Ana terus sedar. Masa nak potong tali pusat, baby diletakkan atas dada.. perasaan masa tu memang xtau nak gambarkan macam mana..happy dan lega sangat2. X puas2, tatap muka si kecik yang baru lahir tu..pegang tangan dia yang kecik sambil pujuk baby stop nangis..

Baby dilahirkan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi..Alhamdulillah..

Baby boy yang dinamakan Eeman Amzar bin Mohd Khairulanam..😘😚
Berat lahir 2.9kg
Panjang lahir 51cm..
Dilahirkan tepat jam 0100..
Tarikh lahir 25 disember 2015..

No comments: