i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, 27 January 2013

17 weeks already!

Bismillahirahmanirrahim...
 Esok genap 17 minggu kandungan aku. starting week 15, baru aku dapat merasakan perut mula mengeras..
Alhamdulillah..perut terasa makin membesar, dan aku sendiri dapat merasakan adanya bayiku dalam kandungan.. sebelum ini sangat n teramatlah risau, kenapa perut ku masih kecik and x rasa apa-apa lagi..huhu..

tunggu next wednesday, after school, aku akan pergi untuk my 3rd check up di klinik kesihatan ibu dan kanak-kanak di Taman Tun Sardon.. hopefully my baby and myself sihat. hopefully.. risau jugak and sangat nak tahu keadaan baby. harap dapatlah nak scan baby kali ni.last time pergi check up which is about 4 weeks ago, sister x bagi nak scan lagi, sebab dia cakap masih x rasa apa-apa dalam perut. only God knows how i feel masa tu.. nak menangis pun x boleh lagi. sebab check up kesihatan sumenya ok. just me myself yang tak tau dengan kesihatan baby.. =''=

and... this week supposedly, dah boleh kalau nak scan and me and my husband dah boleh tau jantina baby!!! yay!! kalau baby boy, cepat lah boleh tau... tapi kalau baby still nak sorok2 and nak bagi surprise, xtau la..hehe..harap2 boleh tau dengan cepat sebenarnya.. my sister, my family, and fren sume pun teka my baby ni gonna be baby girl.hehe... takpe2...just wait and see.. my hubby pun macam teringin nak baby girl, dia cakap boleh nak hias comel2..haha. adoii..si bakal ibu pulak, sebenarnya x kisah sangat jantina my first baby, just really hoping my baby akan sihat, sempurna akal, fizikal, dan iman..itulah yang aku selalu doakan setiap kali lepas solat. Aminn... =))

hurmm...tapi bila difikir-fikir,less than 5 months lagi masa yang tinggal sebelum aku jumpa dengan my little baby. happy, excited, x sabar of course la kan. tapi most importantly, aku baru sedar sesuatu. bagaimana kalau pada masa melahirkan itu, nyawaku diambil? dah macam-macam cerita yang aku baca dan dengar daripada orang sekeliling. melahirkan seorang anak, seakan-akan bertarung nyawa, dan kalau meninggal dunia, insyaAllah akan dikira sebagai mati syahid. aku sebagai hamba Allah, sememangnya mengharapkan mati syahid. tapi, dalam pada masa yang sama, aku sendiri sayang nak meninggalkan semua ni.. bagaimana dengan suamiku dan bayiku nanti? sanggup ke abang jaga permata hati kami sendirian?? umm..harap-harapnya, kalau itu yang telah ditakdirkan Tuhan untuk ku, aku sangat berharap akan ada yang sudi untuk menajaga anak kami, dan semoga suamiku dan familiku redha dengan pemergianku nanti.

persediaan untuk menyambut bayi = persediaan bertemu dengan kematian, setuju tak??

semakin dekat dengan EDD (estimated due date), aku sepatutnya mempertingkatkan lagi amal ibadatku,seakan-akan persediaan untuk kematian. semua pun sedia maklum, kita tidak tahu bila-bila masa pun nyawa kita boleh diambil.. namun aku sendiri selama ni seakan-akan langsung tidak bersedia untuk itu.. Ya Allah..betapa sombongnya aku dengan Tuhan yang selama ini tidak putus-putus memberikan aku rezeki dan tidak pernah melupakan aku..

muhasabah diri dan aku sepatutnya menjalani kehidupan selepas ini dengan cara yang berbeza. moga aku istiqamah dalam mengingati Tuhan dan kematian. kepada kawan-kawan, suamiku, ibu bapaku, dan semua ahli keluargaku, aku nak mohon maaf sangat-sangat kerana aku tahu aku bukannya sebaik-baik umat. aku juga melakukan kesilapan. dan aku mohon semua pun dapat memaafkan aku. semoga suamiku redha dengan  setiap kelakuanku setiap hari..

7:52pm : 27 Jan 2013 (Ahad)- kandungan 16 minggu 6 hari

No comments: