i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, 22 July 2013

pantang larang sewaktu berpantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

=======================================

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang:

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

=======================================

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

=======================================

Cara Mandi

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Thursday, 18 July 2013

kelahiran puteri pertama kami

Bismillahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum w.b.t.. dengan ini diisytiharkan, saya sudah selamat bergelar mama kepada seorang puteri yang sangat comel pd minggu lepas.. 


Ya Allah..terasa sesangat bersyukur kerana penantian kami selama ini akhirnya berakhir. Selama ini banyak pengalaman kelahiran yang kubaca di dada-dada blog orang..ternyata pengalaman sendiri agak berbeza dan sesungguhnya aku bersyukur kerana segala-galanya telah dipermudahkan.. Alhamdulillah..

Tanggal 8 July 2013(Isnin), aku masih belum merasakan tanda-tanda kelahiran.. namun begitu, kerana aku ada pregnancy diabetic, aku diwajibkan untuk menyerah diri ke hospital untuk bersalin pada tarikh due (EDD).

My hubby menemankan aku untuk check up dan menyerah diri ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) pada pagi itu.. hari tu aku sempat jugaklah buat kronologi dengan mata x lepas pandang dari jarum jam hospital..hehe.

okay,here we go..

10.30 pg - kami tiba di KBMC dan segera menguruskan hal-hal pendaftaran.. seperti biasa, aku disuruh untuk kencing, diambil timbangan berat, serta maklumat peribadi kami isi di dalam satu borang kuning.kemudian, kami diminta untuk menunggu doc in charge, Dr lily yang telah aku booking di ruang menunggu bersama-sama dengan pesakit luar yang lain..

12.00 tgahari- kami masuk ke bilik dr lily. scan dibuat.. aku agak gementar dan cuak apabila diberitahu yang bayi kami agak besar iaitu seberat 3.45kg dan air ketuban di sebelah kanan perut aku boleh dikatakan berkurang ataupun tiada langsung kerana saiz bayi yang sudah padat di dalam perut comel ku ini.

12.20 tghari - aku dibawa ke labour room sementara menunggu bilik wad yang lain yang sudah pun penuh. di situ aku nurse membuat ujian ctg untuk mengesan dan memantau degupan jantung bayi. ujian ctg itu berjalan selama setengah jam dan suamiku memang sentiasa setia menunggu di sebelahku.

1.10 tghari - doc lily datang melawat aku di labour room untuk check bukaan. pada masa tu, sakitnya hanya Tuhan yang tahu bagaimana rasanya diseluk dr bawah oleh tangan seseorang.. sempat lagi doc tu berlawak denganku, sakit ke?ini baru sikit..hehe.. ooohhh..no.. and..as the result, she said, it's already 4cm opening! eh?? eh?? i was like, seriously?? doc tanya, betul ke awak x rasa sakit pape sebelum ni?betul la doctor..xkan la saya nak tipu..

and the doc immediately called the nurses supaya tahan aku terus di labour room. aku xkan di induce kerana opening sudah 4cm..hanya menunggu contraction yang lebih kerap untuk aku bersalin. 

aku yang agak terpinga-pinga boleh pulak reply padanya, doc, boleh tak saya nak pergi lunch dulu?lapar la...after short discussing, she allowed me under one condition, makan di cafe sahaja dan terus naik ke labour room after lunch.
i agreed. then aku dan suami terus menuju ke cafe untuk lunch.. honestly, apabila sampai je di cafe, aku terus kehilangan selera apabila memikirkan yang aku bakal bertarung sebentar lagi.. hanya sedikit nasi yang sempat kujamah.selebihnya,haruslah anam yang habiskan.hehehe.. lepas lunch, kami bergerak mengambil kelengkapan aku dan baby dari dalam kereta dan kami sempat melangkah ke surau dahulu memandangkan sudah masuk waktu zohor..

2.00 ptg - aku dan suami kembali masuk ke labour room.. doc lily datang untuk melihat keadaanku.. kemudian, air ketubanku dipecahkan dengan menggunakan sejenis alat yang panjang dan tajam di hujungnya..terasa cecair suam mengalir perlahan-lahan setelah kantung ketubanku dipecahkan.

2.10 ptg - tanganku dimasukkan jarum dan air disambungkan ke tanganku.. aku agak tidak selesa kerana aku memang pantang kalau benda-benda seperti itu berada dan dimasukkan ke mana-mana anggota tubuhku.

2.15 ptg - agak cepat, tapi itulah first contraction yang dapat aku rasakan. sakitnya agak mild, tapi cukup untuk membuatkan ku mengeluarkan air mata pertama. tangan suami ku genggam erat. dia mula cuak melihat aku menangis.. pada waktu itu,walaupun sakit, aku masih sempat mencapai henfon untuk menghantar sms kepada adik beradiku yang lain..

2.30 ptg - 2nd contraction dirasakan..aku ingatkan ini akan berlaku untuk setiap 15 minit pada awalnya. tapi aku silap, selepas 2.30 ptg, contraction semakin kerap terjadi dr 5 minit hinggalah ke setiap minit.. nurse datang untuk menanyakan adakah aku mahu di suntik ubat penahan sakit. aku jawab aku masih mampu bertahan. 

3.30 ptg - contraction yang semakin kuat, aku meminta suamiku memanggil nurse untuk diberikan ubat penahan sakit. doc datang untuk memeriksa bukaan sekali lagi. katanya, bukaan sudah mencapai 6cm. aku tidak lagi boleh disuntik. aku hanya dibenarkan untuk menyedut ubat pelali penahan sakit setiap kali contraction datang. tangan suamiku ku genggam dengan sangat kuat setiap kali sakit itu datang. pagar katil juga sudah dijadikan tempat aku berpaut. zikir-zikir untuk memudahkan bersalin semakin kerap aku bacakan. suamiku juga sudah tidak tenang dalam pembacaan surah maryam yang dibacanya dengan sebelah tangannya kugenggam kuat.

5.00 ptg - doc lily datang lagi untuk memeriksa bukaan. pada waktu itu, bukaan sudah mencecah 9cm.. namun doc lily masih menunggu sehingga aku rasakan seakan-akan untuk meneran. katanya kebiasaan untuk bersalin adalah apabila bukaan mencecah 10cm. pada waktu itu, aku sudah menggigil kesakitan dan peluh sudah basah di seluruh tudung dan baju yang kupakai.

5.20 ptg - kesakitan sudah mencapai kemuncak.aku merasakan hampir putus pinggangku..entah sudah berapa banyak cecair (darah ataupun ketuban) yang keluar dari bawah yang kurasakan. ianya bercampur baur dengan peluhku yang sudah semakin banyak. kesakitan yang teramat membuatkan aku semakin menggigil..doc lily dan nurse-nurse lain sudah masuk ke bilik untuk menolong proses bersalinku.aku disuruh meneran sekuat hati apabila contraction datang.

suamiku di sebelah sangat memberikan sokongan dan masih tidak melepaskan genggaman tanganku. aku disuruh untuk meneran tanpa putuskan nafas..berkali-kali cubaan dibuat..sehingga semakin ramai nurse yang sudah menjerit-jerit memberikan sokongan agar aku terus meneran. 

6.05 ptg - tepat jam itu, aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel. sebaik sahaja bayi keluar, doc lily telah meletakkannya di atas perutku dan menanyakan aku jantina bayi itu..aku yang separa sedar akibat terlebih menyedut ubat penahan sakit, hanya mampu tersenyum setelah melihat bayiku.. 

6.45 ptg - aku kemudiaannya dihantar ke bilik setelah luka dijahit. bayiku dihantar ke bilik selepas dicuci dan dimandikan.. hanya Allah yang tahu perasaanku sewaktu melihat bayiku kali pertama.. 

sesungguhnya aku sangat bersyukur. bayi perempuanku selamat dilahirkan tepat jam 6.05 ptg tanggal 8 july 2013, seberat 3.15kg, dan 52 cm.. ^^
Benar kata orang, serasanya hilang seluruh kesakitan bertarung nyawa untuk melahirkan bayiku setelah mendengar tangisannya buat kali pertama. Suamiku juga menangis terharu melihat bayi kami..hehehe..

Bayi perempuan pertama ini kami namakan Annur Adleena bt Mohd Khairulanam.. semoga anakanda menjadi anak yang solehah, menggembirakan hati mama dan abah dan diredhai Allah hidupmu.. Aminn.. mama abah love u baby!! 
Annur Adleena sejam selepas dilahirkan.. :)

wajah bahagia seorang abah melihat bayinya..hehe