i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, 31 December 2012

trimester kedua



salam..

Alhamdulillah sudah berjaya masuk ke trimester ke dua.. =)
hari ni genap 13 minggu 1 hari..hehe. Tahniah2 pada diri sendiri kerana berjaya mengharungi segala alahan.

hari tu automatik masuk ke minggu ke 12, selera makan macam dah ada balik.but still ada muntah-muntah ar jugak.tapi better than before. =) banyak jenis makanan dah boleh nak bau balik.cuma satu je,masih anti dengan rupa dan bau kari serta sambal belacan atau apa-apa jenis sambal.ouh... eeuww...pastu mula la rasa macam ni...

pening dan pening dan pening dan loya.... :(
ohh..ok..papepun memandangkan hari ni dah masuk tahun baru 2013, HAPPY NEW YEAR kepada semua. =) Esok dah mula sekolah..bersemangat untuk mengajar budak-budak sekolah balik.hehhe..walaupun kena ajar subjek which is not my option, terpaksa la..huhu..

new term, kena ajar PHYSICS FORM 5 2 kelas = 9 waktu

                               SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN FORM 1 2 kelas = 4 waktu
                               SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN FORM 4 2 kelas = 4 waktu
total = 17 waktu seminggu!

ok.mama baru kena tabah dan berusaha! chaiyok! ^^

Thursday, 20 December 2012

Ketahui jantina baby

Assalamualaikum w.b.t..

ok. mulakan pagi Jumaat dengan senyuman. :) SMILE :)

kandungan lagi 3 hari baru nak mencecah masuk 3 bulan. wah..x sabar nak habiskan trimester pertama ni. ngeh3..x sabar nak makan macam2..moga2 alahan ni cepatlah menghilang dan tak berlanjutan sehingga ke akhir kandungan.Amin...

eheh..baru nak 3 bulan kan?tapi dah menggedik nak tau jantina baby. teringin sangat nak pergi scan. last pergi scan, masa kandungan nak masuk 8 minggu kalo x silap. masa tu Ya Allah, Tuhan je yang tahu macam mana perasaan mengetahui ada janin dalam perut.hahah... tapi masa tu lupa nak tanye doc pasal kandungan macam mana.location baby,betul ke x, degup jantung baby ok ke x...huhuhu..terlampau excited tgk my own baby for the first time la ni punye pasal.haha..tapi doc ckap sumenya xde masalah. sebab scan masa tu pun sebab bleeding sebelum ni..

next week,after meeting kat sekolah,nak pergi for the 2nd chek up di klinik.nak mintak scan la,boley??hehe..nak tau tahap kesihatan baby.takut and berdebar jgak..sebab kadang-kadang tu perut rasa macam kecik je..risau dengan tahap tumbesaran baby.. -''-

okeh..walaupun kalo nak scan memang xkan tau lagi jantina baby, sekarang nak main teka2 la dulu jantina..haha..jom!

Tanda akan mendapat bayi lelaki:-


  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala


Tanda akan mendapat bayi perempuan:-

  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur

hahah...yang di boldkan kaler merah tu petanda sendiri.. nampaknya masih sama banyak simptom yang dialami.so x bleh lagi nak teka jantina baby.. sabar dulu ye mama. :) masih awal lagi..doakan kandungan selamat dan sihat.amin...

Sunday, 16 December 2012

alahan mengandung ke??

Sakit kepala menyerang lagi...sakit teramat.
tambah menderita when i have to stay at school,doing nothing!
and untuk pergi jumpa dengan pengetua nak minta kerja, i wont do that.serik! last week,went to see her,to submit the folio,but it was totally a tragedy!
malas nk sebut lagi..just hope for the best.

truly deep in my heart, rasa agak sedih memandangkan memilih karier sebagai guru is the one that i chosed since i small. tak pernah terfikir nak kerja lain selain daripada nak jadi seorang guru. so when this is happened, rasa sangat kecewa. when i woke up everyday, terfikir kena pergi sekolah setiap hari( utk sepanjang cuti akhir tahun ni), i feel so horrible..

i dont like the school.. specifically, with the barisan pentadbiran. and the school system itself. the students and the fellow teachers are all okay. mereka memang langsung xde masalah.. oohh...macam ne ni???

and i really hope, for the next year, when the school re-open, kalau la diri ini memang ditakdirkan untuk berada di sekolah ni lagi, di bawah pemerintahan 'beliau' itu, aku amat berharap yang diri ini mampu lebih berfikiran positif.mampu utk menjadi seorang guru yang lebih produktif. mampu bertahan dan mempertahankan diri daripada dibuli lagi..and mampu menerima 'beliau' sebagai ketua..

dan sekiranya aku ditakdirkan untuk tidak mampu berada dan bertahan di bawah penguasaan 'beliau', ya Allah, Kau pindahkanlah aku ke sekolah lain yang aku mampu bertahan di mana-mana sahaja di Pulau Pinang ini asalkan tidak berada jauh dari suamiku. sememangnya aku masih x mampu untuk berjauhan dengan suamiku lagi dalam keadaan berbadan dua macam ni..

akhir-akhir ni my sickness dah makin teruk..apa jua yang ku makan,pasti akan keluar balik..badan dah agak lemah.tapi cuba bertahan n cuba untuk happy2 demi baby ni.. Ya Allah, Kau selamatkanlah bayiku ini. Berikanlah dia kesempurnaan akal,fizikal dan iman. Murahkan lah rezekinya ya Tuhanku.. Aminn.. itulah doakan setiap kali selepas solat.. tapi sickness yang ku hadapi kini bukannya mcm orang lain, di waktu pagi. tapi aku hanya akan start lembik apabila menjelang tengah hari membawa ke maghrib n ke malam..

bila nak makan, memang mampu telan sikit sangat.selebihnya mesti la encik hubby yang wajib habiskan.. :)
aku dah semakin kurus, tapi si dia semakin risaukan berat badannya. bertahan ye abang!! insyaAllah alahan ini akan berakhir dalam ebih kurang 2 minggu lebih je lagi.. sekarang kalo nak keluar jalan-jalan pun aku dah x larat, asyik nak muntah je.. keluar makan ke kedai, aku x mampu menahan bau makanan.end up,aku tunggu saja dalam kereta ataupun si dia keluar sorang2 untuk belikan makanan.. uuuu....terharu. sebenarnya rasa sangat bersalah apabila kebanyakan kerja rumah, memang dia sorang je yang lakukan. umm...semoga alahan ni berlalu dengan cepat. Aminn...

ohh ye. aku kena terus bersemangat untuk suamiku and baby kecilku ini.. ^^