i'm a married super woman!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my first child

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, 4 July 2011

bukan ini yang kucari..

exam dah hampir sebulan tamat..

results final exam juga sudah diketahui.. Alhamdulillah.. x sbar menanti hari grad ku nanti..

waktu menginjak semakin hampir..hampir untuk aku pulang semula berbakti pada tanah air..

kala ini hatiku sayu...banyak yg bakal aku tinggalkan di tanah ratu ini. segala-galanya di sini..

namun bukan ini yang ingin aku kongsikan.. sudah lama perkara ini membelengungi hati dan minda.. pernah tak terfikir, patutkah seorang wanita muda yg belum berkahwin berasa bangga dan gembira jika dirinya disayangi, diambil berat, di intai, di usik,atau di perhatikan oleh banyak lelaki yang bukan muhrim nya?

perkara ini harus difikirkan semula..bukan kebanggaan ini yang di cari.. bukan niatnya untuk melukakan banyak hati. bukan juga untuk mencari populariti. apa yang menyebabkan dirinya mudah menarik? perangai?atau rupa paraskah? atau sifat manja wanita itu? apa yang dicari oleh seorang lelaki apabila dengan mudah meluahkan perasaan sedangkan baru mengenali wanita itu kurang dari sebulan? adakah segala tindak tanduk, liuk lentuk percakapan yang menjadi faktor? jika itu..berubah lah.. bukan itu kebahagiaan yang dicari jika setiap perkara dalam wanita muda itu hanya mampu untuk menarik kumbang-kumbang untuk 'test power'.. tentu sekali kebahagiaaan hakiki yang dicari.. bukan kebahagiaan dan kebanggaan sementara yang meraih dosa. hidup ini cukup singkat dan ianya tidak perlu untuk kita lambakkan lagi dengan dosa yang menimbun..

bagi lelaki pula..hati-hati dalam memilih.. tidak semua yang dilihat itu sama dengan hakikat yang sebenar. kenali hati budi wanita itu dahulu sebelum mengorak langkah..betulkan niat..jika hanya untuk 'test power', lupakan.. anda tentu tidak mahu bakal isteri anda cuma dijadikan mangsa untuk lelaki lain mencuba segala teknik memikat dan kemudiannya ditinggalkan.

muliakan lah wanita di tempat yang sepatutnya.. wanita mana pun akan bersedih jika dirinya hanya lah dianggap mangsa eksperimen untuk sang lelaki mencari yang lebih baik untuk dijadikan suri dalam hidup... walau apa pun ingtlah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.. jika mahukan yang terbaik.. ubahlah diri untuk menjadi yang terbaik buat si dia..

maafkan aku..jika aku tidak mampu menjadi yg terbaik utk dirimu..buat teman dan sahabat,
" andai duriku mengguris luka,hadapilah aku selayaknya manusia"..(quote dr seorang sahabat)..